Gambar sekitar majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar


Gambar sekitar majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar - Tahniah kepada pelakon terkenal, Fizo Omar yang kini sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi tadi. Pernikahan mereka dilakukan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pengantin lelaki yang mengenakan persalinan rona putih menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.






































0 Response to "Gambar sekitar majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar"

Catat Ulasan

dzulCYBER