Gambar pra-perkahwinan Farawahida, nikah Disember ini


Gambar pra-perkahwinan Farawahida, nikah Disember ini - Berita tentang perkahwinan Farawahida memang satu kejutan besar buat peminat dan orang ramai. Apa tidaknya, sebelum ini langsung tidak kedengaran desas-desus tentang perancangan penyanyi itu dan khabar angin berkenaan pula diperolehi dari satu sumber media hiburan.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Binti Razali, 28, dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan yang dirahsiakan identitinya pada Disember ini dan beliau sudah pun mendapatkan khidmat Empayar Che Det dan Butik Nasha sebagai perunding perkahwinan agar majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Kegembiraan dan keceriaan pada wajah pelantun lagu Jangan Tanya Aku Lagi itu dapat dilihat melalui gambar-gambar pra-perkahwinannya di bawah yang diambil oleh Bicara Lensa. Ternyata, hasrat Farawahida untuk bergelar isteri bakal terlaksana tidak lama lagi. Ucapan tahniah daripada pihak admin.






0 Response to "Gambar pra-perkahwinan Farawahida, nikah Disember ini"

Catat Ulasan

dzulCYBER