Gambar pertunangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim


Gambar pertunangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim - Sudah menjadi lumrah manusia cenderung berjaya ke jinjing perkahwinan di sebalik perkenalan singkat. Begitulah situasi yang berlaku kepada pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Meskipun hanya beberapa bulan bercinta dan saling mengenali, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang.

Tahniah admin ucapkan kepada pasangan sejoli ini. Majlis pertunangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.

Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Antara kandungan hantaran iringan yang dibawa ialah Manisan. Ianya melambangkan betapa manis sekali pertunangan mereka.

Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 November, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.


















0 Response to "Gambar pertunangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim"

Catat Ulasan

dzulCYBER