Gambar perkahwinan dejaay Syaiful Reza dan Liyana Yus


Gambar perkahwinan dejaay Syaiful Reza dan Liyana Yus - Berita perkahwinan penyampai radio Suria FM, Reza Mohamed atau nama sebenarnya Syaiful Reza bin Mohamed, 35, dengan gadis pilihannya, Liyana Yus yang berasal dari Brunei memang satu kejutan buat peminat.

Apa tidaknya, langsung tiada pengumuman dibuat sebelum ini berhubung rancangan perkahwinan mereka sehinggalah gambar-gambar nikah dimuatnaik di laman Instagram semalam. 


Rata-rata peminat melahirkan rasa terkejut dan kecewa menerusi komen-komen dalam gambar-gambar yang dikongsikan kerana tidak diundang ke majlis berkenaan namun ada juga yang mengucapkan tahniah.

Majlis perkahwinan Syaiful Reza dan Liyana Yus, mereka dilihat mengenakan baju pengantin berwarna merah lengkap dengan songkok dan perhiasan.

Apapun, dari pihak admin mengucapkan tahniah dengan berita gembira itu meskipun ianya cuma gimik semata-mata bagi menjayakan sebuah program anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.





0 Response to "Gambar perkahwinan dejaay Syaiful Reza dan Liyana Yus"

Catat Ulasan

dzulCYBER