Gambar paling seksi Nabila Huda, maki hamun peminat di Instagram


Gambar paling seksi Nabila Huda, maki hamun peminat - Sikap segelintir peminat yang tidak pernah berhenti melemparkan komen-komen negatif ke atas semua gambar seksi Nabila Huda di Instagram seringkali mengundang kemarahan pelakon itu sejak dulu lagi.

Terbaru sahaja, niat Nabila Huda untuk berkongsi beberapa keping gambarnya sedang menggayakan imej Biduanita Negara, Puan Sri Saloma turut dikritik peminat. Mungkin ramai tidak tahu Nabila sebenarnya sedang terlibat dalam penggambaran filem biopik yang memerlukannya mengenakan pakaian-pakaian seksi agar dapat menjiwa wataknya sebagai biduanita.

Dirasakan kritikan yang dilemparkan sudah melampau, Nabila Huda tampil membidas komen peminat di Instagram dan menganggap mereka sebagai penyibuk dan suka menjaga tepi kain orang.

“Apa masalah kau ni? Aku ni tengah shooting based on the true story. Kau kalau nak memekak kat IG aku nak membebel tak tentu pasal, buat semak je baik kau unfollow. Kalau baik sangat, delete Instagram kau. Stop using any smart phone sebab buat tambah dosa je.”

“Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it’s supposed to be P&C, so tolong la hargai.”

Mungkin ada benarnya juga kata-kata Nabila Huda. Kalau dah tak suka dengan gambar yang dikongsikan lebih baik buang sahaja nama Instagram pelakon itu dari senarai mereka. Kan senang.






0 Response to "Gambar paling seksi Nabila Huda, maki hamun peminat di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER