Gambar isteri pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib


Gambar isteri pembunuh pegawai Ambank - Kesinambungan kepada kes pembunuhan pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, bulan lalu di Subang Jaya, isteri kepada pembunuh itu kini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret berkuatkuasa pada tarikh ditangkap.

Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, merupakan warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lalu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pertuduhan yang menyabitkan Helpia bersalah sehingga dipenjara ialah kerana tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


0 Response to "Gambar isteri pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib"

Catat Ulasan

dzulCYBER