Gambar dan punca Menteri Kesihatan, Datuk Subramaniam kemalangan


Gambar dan punca Menteri Kesihatan, Datuk Subramaniam kemalangan - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengalami nahas kemalangan apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Pedas-Linggi kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Beliau ketika itu sedang perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC pada 30 Nov ini.

Bagaimanapun, Subramaniam dilaporkan stabil dan kini sedang dirawat di Hospital Alor Gajah bersama pengawal peribadinya yang turut cedera di bahagian perut.

Punca kemalangan masih disiasat namun andaian awal mengatakan kereta terbabit dipandu laju sehingga hilang kawalan. Apapun, kita tunggu sahaja laporan lengkap dari pihak polis.


0 Response to "Gambar dan punca Menteri Kesihatan, Datuk Subramaniam kemalangan"

Catat Ulasan

dzulCYBER