Aeril Zafrel kantoi tipu, Zubir BiPop dedah sambungan SMS


Aeril Zafrel kantoi tipu, Zubir BiPop dedah sambungan SMS - Jika semalam, pelakon Aeril beria-ia mendedahkan SMS Zubir kepada isterinya, Wawa Zainal namun tindakan itu dilihat memakan diri sendiri. Apa tidaknya, Zubir turut membuat pendedahan sambungan SMS yang didedahkan Aeril semalam.

Berikut ialah jawapan balas Wawa Zainal kepada SMS yang dihantar oleh Zubir pada petang hari yang sama. Ternyata, cubaan Aeril untuk memburukkan nama Zubir tidak kesampaian malah memalukan diri sendiri kerana terlalu terburu-buru.


Sekeping gambar mengandungi SMS di atas telah dimuatnaik oleh Zubir di akaun Instagram miliknya. Caption panjang lebar turut disertakan dan berbunyi di bawah.

"uat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel & @waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak ???"


0 Response to "Aeril Zafrel kantoi tipu, Zubir BiPop dedah sambungan SMS"

Catat Ulasan

dzulCYBER