Aeril Zafrel dedah SMS Zubir BiPop kepada Wawa Zainal


Aeril Zafrel dedah SMS Zubir BiPop kepada Wawa Zainal - Nampaknya perang antara Aeril Zafrel dan Zubir BiPop semakin memuncak bermula sejak pendedahan berani Zubir BiPop kepada umum tentang status perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu telah mendedahkan isi kandungan SMS yang dihantar oleh Zubir kepada isterinya. Meskipun SMS berkenaan kedengaran biasa namun tetap membuatkan admin tertanya-tanya tujuan sebenar wartawan itu menghantar SMS kepada Wawa.


SMS yang didedahkan oleh Aeril itu dikongsikannya menerusi akaun Instagram miliknya dan turut disertakan dengan caption berbunyi "Bila ajakannya tidak bersambut…?! ayat conty yg selalu dilontarkan “abang boleh naik dan jatuhkan…”. Pandangan kalian? #matanbukti1"

Berikut pula ialah sebahagian komen-komen peminat yang juga tidak menyenangi tindakan Zubir. Kebanyakkan mereka mengutuk dan mengeji tindakan kurang matang penulis gosip sensasi itu.



0 Response to "Aeril Zafrel dedah SMS Zubir BiPop kepada Wawa Zainal"

Catat Ulasan

dzulCYBER