Adi Putra nafi melarikan diri dari kes skandal isteri orang


Adi Putra nafi sembunyi dari kes skandal isteri orang – Umum mengetahui, pelakon Adi Putra terpalit dalam satu kontroversi kerana didakwa mempunyai skandal dengan isteri seorang perniagaan. Meskipun isu tersebut sudah lama berlaku namun laporan polis yang lengkap masih belum dikeluarkan sehingga kini.

Ekoran itu, bermacam-macam andaian negatif dibuat oleh orang ramai ke atas pelakon KL Gangster itu sehingga mencalar reputasinya sebagai selebriti pujaan wanita. Rasanya, pihak polis perlu mempercepatkan kes ini demi maruah Adi Putra.

Apapun, admin cukup kagum dengan Adi kerana masih dapat menjalani hidup seperti biasa dan tidak cuba mengambil langkah lari dari kontroversi tersebut.

"Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya."

"Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua."

"Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya."


Dalam pada itu, Adi turut menolak untuk memberikan komen berhubung dakwaan peminat yang mengatakan dia telah berjumpa dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes skandal.

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya."

"Kalau orang tidak bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan."


0 Response to "Adi Putra nafi melarikan diri dari kes skandal isteri orang"

Catat Ulasan

dzulCYBER