Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akui sudah kahwin dan lahirkan bayi lelaki


Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akui sudah kahwin - Hanya beberapa hari lepas Aeril Zafrel bermati-matian menafikan dakwaan pengarang Majalah BiPop yang mengatakan mereka sudah berkahwin dan melahirkan seorang bayi lelaki dinamakan Ahmad Fakharuddin Attar.

Namun, tindakan merahsiakan sesuatu perkara penting itu tidak selamanya dapat disembunyikan dan pasti akan dihidu orang lain kerana dua pelakon ini memang antara artis tempatan yang popular, lebih-lebih lagi Wawa Zainal yang menjadi kegilaan ramai jejaka di luar sana.


Menerusi sidang media yang diadakan pada petang tadi, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akhirnya mengaku sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Daripada penjelasan Aeril, beliau memberitahun pernikahanya dengan Wawa Zainal berlangsung sebanyak dua kali.

Kali pertama adalah pada 25 Februari 2012 namun pernikahan itu hanya sah mengikut hukum syarak dengan berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah. Bagi kali kedua pula, ianya diadakan pada 4 Februari 2013 di Masjid Datuk Harun.

"Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan."

"Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara." 

"Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang keluarga negeri Selangor. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah."

"Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah."


Bagi Wawa pula, dia memang sudah mengandung pada bulan Disember 2012 namun hanya mengetahui kehamilan itu pada bulan Januari 2013. Wawa turut mengaku telah melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.

"Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya."

"Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo."

Diharap dengan penjelasan panjang lebar mereka berdua ini, ianya akan dapat meredakan kemelut persoalan yang terus bermain di minda orang ramai sejak dua minggu lalu. Admin sendiri ucapkan tahniah dengan pernikahan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Memang satu berita baik yang perlu dikongsikan bersama.


0 Response to "Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akui sudah kahwin dan lahirkan bayi lelaki"

Catat Ulasan

dzulCYBER