Sharnaaz didakwa tumbuk dan belasah pengguna jalan raya di MRR2


Sharnaaz didakwa tumbuk dan belasah pengguna - Hanya beberapa minggu lalu, Sharnaaz Ahmad telah terpalit dalam satu kontroversi selepas dikatakan memukul Shila Amzah sewaktu mereka masih bergelar pasangan kekasih.

Tidak cukup di situ, nama pelakon filem Juvana itu kembali menjadi sebutan orang ramai selepas dia didakwa menumbuk dan membelasah seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) di khalayak ramai minggu lalu.

Memang pelik juga boleh timbul gosip tidak masuk seperti ini namun itulah yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan dalam ruangan pojok. Semalam, Sharnaaz tampil menafikan gosip tersebut dan bertegas sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana pergaduhan.

"Siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu. Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup."

"Jujurnya dahulu saya seorang yang pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan? Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal."

Pesanan admin, tindakan berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan di media adalah langkah terbaik untuk mengelakkan sesuatu kontroversi itu terus diperkatakan orang ramai.


0 Response to "Sharnaaz didakwa tumbuk dan belasah pengguna jalan raya di MRR2"

Catat Ulasan

dzulCYBER