Rozita Che Wan kahwin Zain Saidin punca Shahir AF hilangkan diri


Rozita Che Wan kahwin Zain Saidin punca Shahir AF hilangkan diri - Setahun menghilangkan diri dari industri muzik membuatkan bekas peserta Akademi Fantasia musim 8, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, dirindui ramai peminatnya.

Hanya baru-baru ini, penyanyi itu akhirnya muncul kembali di media dan seterusnya tampil dengan album terbarunya yang berjudul Dia Kau Yang Pilih. Apapun, teka-teki kehilangan Shahir terus menjadi persoalan sehingga wujud gosip yang mendakwa kehilangannya ada kaitan dengan aktress jelita Rozita Che Wan.

Khabarnya, Shahir kecewa kerana Rozita Che Wan, 40 sudah dimiliki orang lain yang juga seorang selebriti dan aktor kacak, Zain Saidin. Sejauh manakah dakwaan ini?

Mengulas mengenai gosip terbaru itu, Shahir menafikan Che Te punca utama kehilangannya dalam industri muzik. Katanya, ketiadaan beliau dalam industri muzik adalah disebabkan ingin fokus kepada perniagaan keluarga yang berasaskan pelaburan.

"Itu semua tidak benar, saya tidak menghilangkan diri kerana Che Ta. Setahun rasanya saya tidak terlibat dengan kerja-kerja dunia nyanyian kerana tanggungjawab saya terhadap keluarga."

“Keluarga saya perlukan saya dan dalam tempoh ketiadaan saya dalam industri hiburan ini, kami fokus menjalankan perniagaan berasaskan pelaburan."

“Tentang saya dan Che Ta itu hanya gosip liar, sebelum ini pun saya sudah menjelaskan yang saya dan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta.”


1 Response to "Rozita Che Wan kahwin Zain Saidin punca Shahir AF hilangkan diri"

  1. Salam.
    Macam2 gosip dunia artis ni,apa2pun rozita ni memang mantap.

    BalasPadam

dzulCYBER