Respon Shah Iskandar gosip bercinta dengan Cha cha Maembong


Respon Shah Iskandar gosip bercinta dengan Cha cha Maembong - Sebelum ini timbul gosip liar yang mendakwa Shah Iskandar dan Cha cha Maembong sedang hangat bercinta selepas mereka berdua dikatakan sering dilihat berdua-duaan ketika melepak di kedai-kedai makan.

Menurut Shah, dia tidak hairan jika gosip sedemikian boleh timbul memandangkan dirinya dan Cha cha Maembong pernah digandingkan dalam telefilem berjudul Pengantin Lari untuk siaran RTM dua bulan lalu.

“Hubungan kami sekadar rakan sesama artis sahaja memandangkan kami pernah berlakon bersama-sama dalam telemovie Pengantin Lari. Biasanya selepas selesai penggambaran, kami akan lepak di kedai makan dengan rakan artis yang lain."

“Tidak mustahil telah timbul salah faham apabila ada yang melihat kemesraan yang terjalin antara saya dan Cha cha ketika lepak minum bersama, sedangkan tiada wujudnya perasaan cinta antara kami berdua.”


Kata Shah lagi, dengan perbezaan umur mereka yang terlalu jauh dan usia Cha Cha yang masih muda, adalah tidak logik jika dirinya kemaruk hendak bercinta dengan pelakon seksi itu yang juga adik kepada Emma Maembong. 

Apapun, bagi admin kedua-dua selebriti ini memang sama padan dan sama cantik. Tak salah pun jika mereka bercinta, cuma dalam usia Cha Cha yang baru menginjak 17 tahun tahap kematangannya mungkin masih kurang.


1 Response to "Respon Shah Iskandar gosip bercinta dengan Cha cha Maembong"

dzulCYBER