Rahsid dakwa Wawa Zainal adalah tunangnya


Rahsid dakwa Wawa Zainal adalah tunangnya - Baru hendak reda kontroversi pembongkaran rahsia perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini tampil pula seorang individu lelaki dikenali Rahsid yang mendakwa Wawa Zainal adalah tunangannya sebelum pelakon itu bergelar selebriti.

Rahsid yang bercakap kepada media baru-baru ini memberitahu terkejut dengan status terbaru Wawa yang sudah pun bergelar isteri kepada lelaki lain meskipun aktress cantik itu masih tunangannya yang sah. Katanya, dia hanya mengetahui berita tersebut pada selasa lalu namun tidak mempercayainya.

Bagaimanapun, dia terpaksa menerima hakikat kebenaran berita itu selepas Wawa sendiri menghubunginya pada Pagi Rabu dengan tujuan meminta memberitahu adiknya agar berhenti menyebarkan cerita pertunangan mereka.

Untuk maklumat berkenaan penjelasan panjang lebar tunang Wawa, korang boleh baca artikel penuh di bawah. Memang satu berita yang tidak dijangka dan amat mengejutkan bagi admin. Siapa menyangka bukan?


Dengan Wawa kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Rahsid mengakui tidak dapat berbuat apa-apa melainkan meminta tunangnya memulangkan kembali cincin pertunangan mereka termasuk wang hantaran.



0 Response to "Rahsid dakwa Wawa Zainal adalah tunangnya"

Catat Ulasan

dzulCYBER