Kontroversi Tasha Shilla belah hidung dan besarkan payudara


Kontroversi Tasha Shilla belah hidung dan besarkan payudara - Tidak pernah lekang dihambat kontroversi murahan dan seperti sengaja menjatuhkan popularitinya, Tasha Shilla kembali terpalit dengan isu baru yang mendakwa dirinya pernah melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudara.

Bagaimanapun, pelakon jelita yang berusia 26 tahun itu menafikan dakwaan berkenaan dan mengakui bersyukur kerana anggota tubuhnya sekarang adalah asli dan semulajadi.

"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata."

Terdahulu, Tasha didakwa oleh sebuah akhbar mingguan telah melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan lain. Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya."


0 Response to "Kontroversi Tasha Shilla belah hidung dan besarkan payudara"

Catat Ulasan

dzulCYBER