Ketua pengganas Sulu, Sultan Jamalul Kiram III meninggal dunia


Ketua pengganas Sulu, Sultan Jamalul Kiram III meninggal dunia - Sultan Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu dan pernah mengetuai para militan Sulu untuk menceroboh dareah Lahad Datu dan Semporna pada Februari lalu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Kematian beliau yang berusia 75 tahun dikatakan berpunca daripada kegagalan organ buah pinggangnya. Kesahihan berita ini disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Jacel Kiram-Hassan, 35, menerusi akaun Facebook peribadinya.

“My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support (Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)."


Terdahulu, Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis lalu. Beliau meninggalkan sembilan anak, tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya, Carolyn Tulawie.

"Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya."


0 Response to "Ketua pengganas Sulu, Sultan Jamalul Kiram III meninggal dunia"

Catat Ulasan

dzulCYBER