Keputusan penuh Anugerah Planet Muzik 2013 (APM2013)


Keputusan penuh Anugerah Planet Muzik 2013 (APM2013) - Anugerah Planet Muzik 2013 akan berlangsung pada jam 8.30 malam ini di Suntec, Singapura. Sebanyak 18 buah kategori bakal dipertandingkan bagi mengiktiraf kerjaya seni tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Untuk edisi kali ini, APM2013 akan dihoskan oleh tiga personaliti hebat iaitu Dato’ Ac Mizal (Malaysia), Adi Rahman (Singapura) dan Sarah Sechan (Indonesia) selain persembahan artis-artis ternama seperti Aliff Aziz, Awi Rafael, Amy Search, Altimet, Bunkface, Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Stacy dan Jazz Hayat.

Yang menariknya bagi anugerah kali ini, para penonton kini berpeluang untuk mengikuti perkembangan APM 2013 secara langsung menerusi saluran Suria, Ria 89.7 FM dan Warna 94.2 (Singapura) dan Net Media (Indonesia).

Berikut ialah keputusan terkini Anugerah Planet Muzik 2013 yang sedang berlangsung. Ianya boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) yang bertindak sebagai penyiar utama.

NOVA MEDIA SOSIAL
Hafiz Zainal

IKON MEDIA SOSIAL
Sleeq

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
Cakra Khan - Harus Terpisah

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
Citra Scholastika - Everybody Knew

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
SleeQ Feat. Najwa Latif

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Audionauts

KOLABORASI TERBAIK
Najwa Latif, SleeQ & Kamarul - Sahabat

BAND TERBAIK
Noah

DUO/KUMPULAN TERBAIK
Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
Hafiz

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati

LAGU SERANTAU TERBAIK
Cakra Khan - Harus Terpisah

LAGU TERBAIK SINGAPURA
Aliff Aziz - Jangan Ganggu Pacarku

LAGU TERBAIK MALAYSIA
Shila Amzah - Masih Aku Cinta

LAGU TERBAIK INDONESIA
Cakra Khan - Harus Terpisah

ARTIS LELAKI TERBAIK
Judika - Aku Yang Tersakiti

ARTIS WANITA TERBAIK
Bunga Cinta Lestari - Cinta Sejati

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK 2013
Black Dog Bone


Tiada ulasan:

Catat Ulasan