Keputusan Malaysia vs Bahrain 15 Oktober 2013


Keputusan Malaysia vs Bahrain 15 Oktober 2013 - Ketika ini sedang berlangsung perlawanan ketiga kelayakan Piala Asia 2015 bagi Kumpulan D yang membabitkan Malaysia menentang Bahrain di Stadium Shah Alam, Selangor.

Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad kebangsaan hanya berjaya memungut tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan. Ini bermakna, Malaysia perlu menang dalam pertembungan malam ini jika peluang layak ke Piala Asia kembali terbuka.

Di atas kertas, kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk mencatat kemenangan namun kelebihan mungkin berpihak kepada Harimau Malaya yang bermain di laman sendiri.

Jangan lupa saksikan aksi Malaysia menentang Bahrain yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Arena 801. Apapun, jangan risau kerana admin turut akan menyediakan update keputusan dari masa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung.

Malaysia (1) vs (1) Bahrain (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Abdulla Ahmed 45'+1 (BHRN)
  2. Norshahrul Idlan Talaha 71' (MSA)

0 Response to "Keputusan Malaysia vs Bahrain 15 Oktober 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER