Isi kandungan Bajet 2014


Isi kandungan Bajet 2014 - Bagi anda yang belum tahu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja membuat pembentangan Bajet 2014 di parlimen sebentar tadi di saluran TV3.

Secara keseluruhannya, Bajet 2014 mempunyai elemen kejutan tersendiri namun masih belum boleh dianggap mahu membela rakyat secara langsung kerana tidak menyentuh tentang tindakan-tindakan yang diambil kerajaan untuk mengawal kenaikan harga minyak dan barangan ketika ini.

Berikut ialah sebahagian intipati Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen sebentar tadi.
  • Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
  • Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.
  • Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
  • Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
  • Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
  • Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
  • Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
  • Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
  • Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
  • Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
  • Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
  • Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
  • Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
  • Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
  • Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
  • Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
  • Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
  • Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
  • Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
  • Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

0 Response to "Isi kandungan Bajet 2014"

Catat Ulasan

dzulCYBER