Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station - Afiq Muiz


Respon Afiq Muiz isu larikan wang Global Station - Selepas lama mendiamkan diri daripada memberikan sebarang ulasan berhubung dakwaan dirinya melarikan wang RM30,000 milik syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd, Afiq Muiz akhirnya tampil memberikan jawapan balas kepada pihak media.

Menurut aktor itu yang pernah terpalit dengan kontroversi menderhaka kepada ibunya, Hasliza Mohd, 48, lima bulan lalu, dakwaan melarikan wang RM30,000 milik syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd adalah mengarut dan sengaja disebarkan oleh individu tertentu yang tidak mempunyai akal.

"Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station."

"Mereka menuduh saya tanpa usul periksa. Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak sana (Global) yang menyekat baki wang saya. Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan."

Terdahulu, penerbit eksekutif Global Station, Alia Ramli mendakwa Afiq Muiz telah menghilangkan diri bersama wang pendahuluan RM30,000 selepas cubaan mereka menghubungi pelakon itu menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas.


0 Response to "Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station - Afiq Muiz"

Catat Ulasan

dzulCYBER