Giliran Mat Yo cemuh peminat bolasepak Malaysia


Giliran Mat Yo cemuh peminat bolasepak Malaysia - Umum mengetahui penyerang kebangsaan, Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha, 27, telah terpalit dalam satu kontroversi memalukan selepas insiden isterinya memaki hamun seorang pengawal keselamatan lapangan terbang dikenali Azman Nayan.

Ekoran itu, Mat Yo telah digelar sebagai lelaki dayus oleh peminat bolasepak dan orang ramai. Setiap kali beliau turun untuk bermain, ada sahaja kumpulan-kumpulan peminat yang secara terbuka mencemuhnya sehingga prestasi beliau sedikit terjejas dan kurang menyengat.


Bagaimanapun, kejayaan pemain yang berasal dari Terengganu itu menjaringkan gol penyamaan ketika seri dengan Bahrain semalam di Stadium Shah Alam, Selangor telah mengembalikan semangat juangnya.

Pada ketika beliau meraihkan gol penyamaan itu, dia membuka baju dan mula mempamerkan sebaris ayat yang sedia tertulis di baju dalamnya yang berbunyi "Allah Always With Me!!"


Apa yang telah dipamerkan oleh Mat Yo itu memang satu tamparan hebat kepada para peminat yang tidak habis-habis mencemuhnya. Bak kata pepatah "ada ubi ada batas, lain kali boleh balas".


2 Responses to "Giliran Mat Yo cemuh peminat bolasepak Malaysia"

dzulCYBER