Gambar Zizie Ezette buat aksi nakal raih kemenangan Bung Moktar

Gambar Zizie Ezette buat aksi nakal raih kemenangan Bung - Kemenangan Datuk Bung Moktar dalam perebutan kerusi Ketua Bahagian Kinabatangan dalam pemilihan Umno beberapa hari lepas diraihkan isterinya yang juga bekas pelakon, Zizie Ezette.

Bung Moktar menewaskan pencabar utamanya, Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daerah Sukau.


Menerusi laman Instagram, Zizie Ezette telah berkongsi sekeping gambar aksi nakalnya bersama suami dan disertakan dengan caption panjang berbunyi berikut :-

"Syukur Alhamdulillah. Dengan rasa rendah hati saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada penyokong dan pengundi DBM yang sentiasa mempercayai kewibawaan dan kepimpinan beliau."

"To my sayang, U know i always believe in u. Sekarang masa untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu jika niat kita jujur dan ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan."

"To my dear followers, sorry i don’t have a ‘decent’ pic of us. Ini je yg ada. Maaf jika kurang sesuai. Salam hormat dari saya kepada semua. Have a beautiful Sunday everyone."


Nampaknya, hubungan Zizie Ezette dan Bung Moktar semakin bahagia sejak akhir-akhir ini. Mungkin itulah nikmatnya jika berkahwin dengan lelaki yang selamba, tidak banyak karenah dan matang. Lagi satu, Zizie Ezette memang pandai menjaga kebajikan suami tercinta dan tidak mudah melatah.

0 Response to "Gambar Zizie Ezette buat aksi nakal raih kemenangan Bung Moktar"

Catat Ulasan

dzulCYBER