Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK (26 Photo)


Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK - Tahniah kepada pasangan Raja Azmi dan Eddie CRK yang baru sahaja bergelar suami isteri yang sah dengan sekali lafaz di hadapan Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya sekitar jam 9.20 malam tadi.

Mereka dinikahkan dengan mas kahwin RM300 dan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim.

Pengantin perempuan dilihat mengenakan busana berwarna krim rekaan Variante manakala pakaian pengantin lelaki pula berwarna maroon dari Kose Serani. Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 tetamu jemputan.

Selain mas kahwin, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar dulang. Pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran dan gelang tangan emas putih, dan dibalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan.



























0 Response to "Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK (26 Photo)"

Catat Ulasan

dzulCYBER