Gambar perkahwinan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah (51 Photo)


Gambar perkahwinan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah - Tahniah kepada pelakon Diana Amir yang baru sahaja selamat bergelar isteri kepada Muhammad Habib Bullah, pensyarah UiTM Merbok, Kedah sekitar jam 9.30 malam tadi dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Dinikahkan oleh Hazaruddin Baharuddin, Imam Besar masjid tersebut dan pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim, kedua-dua mempelai dilihat mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail. Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000.

Tahniah sekali lagi dari pihak admin kerana penyatuan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah sebagai suami isteri yang sah. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke hujung nyawa atau akhir hayat.




















































0 Response to "Gambar perkahwinan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah (51 Photo)"

Catat Ulasan

dzulCYBER