Gambar Neelofa tampil terlalu seksi ketika bercuti di Maldives


Gambar Neelofa tampil terlalu seksi ketika bercuti di Maldives - Terbeliak sedikit dua biji mata admin tatkala melihat dan meneliti beberapa keping gambar terbaru Neelofa yang amat seksi dan menawan. Gambar-gambar itu dikongsikan sendiri olehnya di laman Instagram ketika bercuti di Kaafu, Maldives baru-baru ini.

Melihat kepada persekitaran lokasi tempat pelakon jelita itu bercuti telah membuatkan admin terpegun dan sentap. Apa tidaknya, bukan sahaja penampilan Neelofa yang menyegarkan mata malah keindahan pantai dan lautan kawasan Kaafu, Maldives.

Memang bukan mudah untuk mencari tempat pelancongan seindah ini. Di Malaysia, kebanyakkan pantai yang direkabentuk khas untuk pelancongan semakin tercemar manakala warna lautan biru semakin pudar. Kelihatan sampah-sampah bertaburan, ditambah pula dengan tumpahan minyak yang semakin berleluasa.

Apapun, mari lupakan sejenak kisah sedih itu dan layan beberapa keping gambar seksi Neelofa yang bakal mengundang reaksi kurang baik di kalangan peminatnya. Pemikiran rakyat Malaysia memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan orang-orang Maldives.

















1 Response to "Gambar Neelofa tampil terlalu seksi ketika bercuti di Maldives"

dzulCYBER