Gambar Ahmad Fakharuddin Attar, anak lelaki Wawa Zainal


Gambar Ahmad Fakharuddin Attar, anak lelaki Wawa Zainal - Kegembiraan pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menyambut Hari Raya Aidiladha sepanjang hari ini dilengkapkan dengan perkongsian sekeping gambar anak lelaki mereka yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Admin turut tumpang gembira dengan kehadiran bayi berkenaan dalam hidup pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel pada 24 Ogos lalu. Itulah hadiah dan rezeki paling berharga dari Allah bagi setiap pasangan yang mula membentuk keluarga sendiri. Tahniah admin ucapkan.

Gambar tersebut dikongsikan pelakon Wawa sendiri menerusi akaun Instagram peribadinya dengan disertakan caption "Menanti cahaya mata ini sedar. Menatap kami berdua. Rindu dengar tangisannya."





2 Responses to "Gambar Ahmad Fakharuddin Attar, anak lelaki Wawa Zainal"

  1. Alhamdulillah semoga semuanya selamat selalu
    Semoga ALLAH lindungi mereka daripada fitnah dunia ^____^

    BalasPadam
  2. Salam.
    Semoga bahagia dan sihat2 selalu.

    BalasPadam

dzulCYBER