Searching...
15.25 0

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim nikah 10 November 2013


Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim nikah 10 November 2013 - Mungkin satu berita kurang baik buat peminat setia Fizo Omar yang bergelar wanita kerana pelakon itu bakal mengakhiri zaman bujangnya dua minggu dari sekarang.

Seperti diwar-warkan sebelum ini, gadis yang menjadi pilihan hati Fizo Omar, 28, ialah model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23. Ketika ini, kedua-dua keluarga pasangan Fizo dan Mawar sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan mereka.

"Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar."

Menurut Fizo, majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya.

"Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan."


0 Komen:

Poskan Komentar