Biodata Noreen Noor, pelakon dan penyanyi popular


Biodata Noreen Noor, pelakon dan penyanyi popular - Pemergian pelakon dan penyanyi popular, Noreen Noor merupakan satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan selepas sebelum ini kita turut kehilangan Allahyarham seniman S. Shamsudin, seniwati Latifah Omar dan pelakon Maimon Mutalib.

Yang menariknya, status terakhir akaun Facebook Allahyarham amat menarik untuk dibaca kerana ianya menginsafkan setiap umat Islam yang masih belum bertaubat. Apapun, yang sudah pergi itu biarlah pergi dan bagi kita yang masih hidup seharusnya muhasabahkan diri.

Berikut ialah sedikit biodata Allahyarham Noreen Noor. Penyanyi lagu Siang Terbayang Malam Merindu itu disemadikan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka diiringi doa oleh semua pihak yang mengenalinya.

Nama Penuh : Noraine Mohd. Nor
Umur : 54 tahun
Asal : Lahir di Singapura dan dibesarkan di Melaka
Bapa : Allahyarham Mohd. Nor Ahad, pesara polis dari Singapura
Status Perkahwinan : Didakwa isteri kedua Datuk Khalid Mohd Jiwa
Zuriat : Danial Baharudin, 22, dan Diana, 11
Lagu Popular : Siang Terbayang Malam Merindu
Filem & Drama : Talak, Hantu Siang, Wira Angkasa, Pelumba Malam, Raya Tak Jadi



1 Response to "Biodata Noreen Noor, pelakon dan penyanyi popular"

  1. mungkin banyak yang x tahu, beliau adalah bekas isteri kedua kepada bekas pengurus selangor DATO MOKTAR AHMAD..alfatihah untuk beliau..

    BalasPadam

dzulCYBER