Adda Butterfly kahwin suami orang, tolak jodoh lelaki bujang


Adda Butterfly kahwin suami orang, tolak jodoh lelaki bujang - Dalam diam tanpa berita, vokalis Butterfly, Nur Syuhadah Baharuddin rupanya sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Menariknya, lelaki yang menjadi pilihan Adda masih suami orang dan dia kini memegang status sebagai isteri kedua.

Menurut laporan Utusan Malaysia, penyanyi seksi itu telah bernikah pada 12 Oktober 2013 lalu secara tertutup tanpa diberitahukan kepada umum. Mereka dikatakan sudah berkenalan selama setahun. Meskipun begitu, Adda enggan mendedahkan gambar dan identiti suami terbarunya.

"Saya bernikah pada 12 Oktober lalu, setelah setahun mengenali suami. Buat masa ini suami masih berulang-alik ke Sabah memandangkan dia mempunyai perniagaan di sana. Hubungan ini memang berlangsung dalam keadaan jujur, hubungan saya dengan keluarga di belah sana baik."

"Kami berkenalan sejak setahun yang lalu ketika saya pergi ke Sabah untuk persembahan. Beberapa bulan selepas itu dia melamar, syukur ibu bapa saya tidak menghalang." 

"Sebenarnya beberapa hari selepas bernikah saya memang takut dengan angka 17, sebab itu setiap hari saya membilang hari untuk memastikan perkahwinan ini akan melepasi tempoh 17 hari."

Ditanya kenapa lebih sanggup menjadi isteri kedua kepada suami orang daripada berkahwin dengan lelaki yang masih berstatus bujang, Adda memberitahu tidak mahu kerana status jandanya dan takut dipermainkan mereka.

"Memang ada yang mendekati, tetapi dengan status janda yang dipegang nampaknya niat mereka lebih jelas hanya untuk mempermainkan saya. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia."


0 Response to "Adda Butterfly kahwin suami orang, tolak jodoh lelaki bujang"

Catat Ulasan

dzulCYBER