Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Inikah gambar kekasih baru Awi Rafael?

Inikah gambar kekasih baru Awi Rafael - Nampaknya, kisah cinta antara Awi Rafael dan Hanez Suraya yang putus di tengah jalan semakin dilupakan manakala gosip liar mengaitkan dirinya dengan Shila Amzah juga turut tidak kedengaran lagi.

Masa terus berlalu tanpa berita tup-tup nama penyanyi Awi Rafael kembali menjadi sebutan apabila sekeping gambar mesranya dengan seorang wanita jelita telah tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger aiskosong.

Admin cukup teruja dan terkejut, cepat benar aktor kacak ini menemui pengganti. Apapun, jika benarlah wanita itu adalah kekasihnya, admin ucapkan tahniah. Bukan susah pun nak cari pengganti yang lebih jelita dan bukan dari golongan artis.

Khabarnya, wanita dalam gambar itu dikenali dengan nama Sarah Anne. Menerusi laman sosial Awi, ramai peminat memuji kecantikan Sarah.


Punca sebenar Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran

Punca sebenar Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran - Sebelum ini Fida Ibrahim tampil menjelaskan punca dia melarikan diri dari lokasi penggambaran telefilem berjudul Kampungku kerana faktor keselamatan dan tidak tahan disindir oleh pelakon Syed Nahar Syed Mokhtar.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan maklumat yang diterima dari sumber pertama yang mendakwa Fida sebenarnya mempersoalkan kemudahan yang diberikan pihak produksi. Pelakon itu dikatakan tidak menyukai bilik hotel yang disediakan selain tidak berpuas hati dengan keadaan set penggambaran.

Sebagai pelakon yang masih baru, Fida tidak sepatutnya mempersoalkan perkara-perkara sebegitu kerana dia sedia maklum Baling merupakan kawasan luar bandar, jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.

Lebih parah, Fida turut mempertikaikan kredebiliti pengarah telefilem berkenaan iaitu Shuhaimi Lua. Siapa pula dia untuk mengkritik pengarah sedangkan dirinya sendiri pun masih baru dalam dunia lakonan dan belum membuktikan kehebatann…

Gambar majlis resepsi pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran (31 Photo)

Gambar majlis resepsi pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran - Majlis resepsi pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran telah berlangsung dengan sungguh meriah semalam di Marriott Putrajaya. Kedua-dua mempelai kelihatan begitu gembira dan tersenyum sepanjang majlis berkenaan.

Kepada semua peminat Fouziah Gous, jom skodeng beberapa keping gambar menarik sekitar majlis resepsi pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran. Bertuah sungguh Zhafran kerana berjaya memikat dan memperisterikan si gadis jelita bernama Fouziah, artis pula tu kan.




















Punca Aaron Aziz maut dalam kemalangan di Switzerland tersebar

Punca Aaron Aziz maut dalam kemalangan di Switzerland tersebar - Berita kematian pelakon kacak, Aaron Aziz begitu cepat tersebar di laman maya sehingga menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Mengikut gosip yang mula kedengaran semalam, Aaron didakwa meninggal dunia selepas maut dalam satu kemalangan ngeri ketika bermain ski salji di Zermat Ski Resort, Switzerland.


Bagaimanapun, berita tidak sahih itu disahkan palsu oleh seorang blogger terkenal selepas beliau berjaya membongkarkan teknik penipuan maya yang dilakukan oleh segelintir individu di laman web.

Untuk pengetahuan, pelakon filem Dampak itu bukanlah orang pertama yang pernah dikaitkan dengan kontroversi maut dalam kemalangan bermain ski salji. Sebelum ini, beberapa artis Hollywood turut sama menjadi mangsa seperti Adam Sandler, Mickey Rourke dan Eddier Murphy.




Menurut laman travelerstoday, Aaron Aziz sebenarnya tidak mati. Dia cuma merupakan salah seorang mangsa penipuan Internet Hoax. Dipercayai, motif berita palsu itu disebar…

Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41)

Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41) - Pasti ramai antara graduan lepasan siswazah pendidikan yang masih belum mengetahui gaji permulaan bagi Guru baru yang memegang pangkat DG41, bukan?

Berdasarkan perkongsian daripada rakan bloggercikguayu, beliau memberitahu bahawa gaji pokoknya ialah RM2,222.94 tidak termasuk elaun-elaun yang ditentukan mengikut tempat yang ditugaskan serta opsyen mata pelajaran yang diajar.

Harus diingat, kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak 11% daripada jumlah pendapatan dan bukannya 8%. Jumlah potongan berkenaan mestilah dibundarkan menjadi angka bulat dalam Ringgit penuh kerana sebarang nilai sen tidak dibenarkan.

Contohnya 11% daripada jumlah pendapatan iaitu RM3,022.94 (gaji pokok + elaun), ialah RM332.52. Jadi, kadar potongan KWSP akan dibuat atas jumlah RM 333.



Gambar majlis pertunangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Gambar majlis pertunangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin - Gosip liar yang mendakwa pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengadakan majlis pertunangan secara senyap-senyap sudah lama kedengaran sejak bulan lalu lagi.

Bagaimanapun, pasangan selebriti ini menafikan dakwaan itu dan menganggap individu yang menyebarkan cerita pertunangan mereka berniat jahat.

Terbaru, isu pertunangan mereka kembali bergema di media-media hiburan termasuk portal rotikaya yang baru sahaja berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis tertutup itu. Penyebaran gambar-gambar berkenaan menguatkan lagi dakwaan individu terbabit.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja respon dan jawapan dari Rozita Che Wan dan Zain Saidin berhubung gambar-gambar yang dikongsikan portal rotikaya.






Keputusan Malaysia vs India Akhir Hoki Piala Sultan Johor 2013

Keputusan Malaysia vs India Akhir Hoki Piala Sultan Johor 2013 - Ketika ini sedang berlangsung perlawanan akhir membabitkan Malaysia menentang India bagi merebut gelaran juara Piala Sultan Johor 2013 di Stadium Hoki Taman Daya.

Untuk pengetahuan, Malaysia melayakkan perlawanan akhir selepas menumpaskan Argentina 4-2, Korea Selatan 5-1 dan Pakistan 4-2 sebelum seri dengan India 3-3 dalam saingan peringkat kumpulan.

Walaupun Malaysia dan India berkongsi mata yang sama namun India memiliki jumlah perbezaan jaringan gol yang lebih besar berbanding Malaysia dan seterusnya menobatkan mereka sebagai juara kumpulan.

Berikut ialah keputusan terkini perlawanan akhir Malaysia vs India Hoki Piala Sultan Johor 2013. Ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Malaysia (0)vs(3) India (FT)
Senarai penjaring gol :
Amon Mirash Tikey 22'Affan Yousuf 60'Mandeep Singh 65'

Gambar kekasih pelawak Yus Jambu

Gambar kekasih pelawak Yus Jambu - Khabarnya, pelawak terkenal Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 37, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai setiausaha dan model sambilan.

Walaupun ianya satu berita baik buat peminat Yus namun beliau enggan mendedahkan identiti wanita pilihan hatinya itu dengan lebih lanjut.

Dua bulan lalu, sekeping gambar yang memperlihatkan Yus bergambar bersama dengan seorang wanita bertudung telah tersebar di laman maya. Adakah wanita itu yang dimaksudkan oleh Yus?



Biodata Iqwal Hafiz, kekasih baru Cha Cha Maembong

Biodata Iqwal Hafiz, kekasih baru Cha Cha Maembong - Sebelum ini, admin telah berkongsi beberapa keping gambar kekasih baru Cha Cha Maembong yang comel dan berpenampilan ala-ala Kpop.

Walaupun adik kepada Emma Maembong itu terus menafikan mereka sedang hangat bercinta namun daripada gambar-gambar yang tersebar, mereka nyata adalah sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

Peminat mungkin tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang berjaya menambat hati Cha Cha Maembong. Jadi, admin menyertakan sedikit maklumat dan identiti kekasih baru Cha Cha di bawah.

Nama Penuh : Iqwal Hafiz
Umur : 21 Tahun
Asal : Teluk Intan, Perak
Tempat Tinggal : Shah Alam, Selangor
Kelulusan : Diploma Muzik, Seni Persembahan Piano
Pengajian Tinggi : Subang Music School
Ibubapa : Anak kepada Mel, bekas vokalis kumpulan Wings
Adik-beradik : Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik
Pekerjaan : Penyanyi, Pemuzik dan Pelakon
Kelebihan : Boleh menyanyi 16 bahasa
Kejayaan :- 
Memenangi 4 pingat emas di World Championship o…