Penyerang sensai Hoki Malaysia, Chua Boon Huat maut kemalangan


Penyerang sensai Hoki Malaysia maut kemalangan - Penyerang sensai hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan ngeri selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, berdekatan Stesen LRT Kelana Jaya pada jam 2.30 pagi tadi.

Lori yang dilanggar oleh beliau merupakan lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong. 

Chua yang berasal dari Bukit Cina Melaka adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009. Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.


0 Response to "Penyerang sensai Hoki Malaysia, Chua Boon Huat maut kemalangan"

Catat Ulasan

dzulCYBER