Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Keputusan Kelantan vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 31 Ogos 2013

Keputusan Kelantan vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2013 - Malam ini akan berlangsung perlawanan keempat saingan Piala Malaysia 2013 bagi kumpulan C yang mempertemukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu pada jam 8.45 malam, Negeri Sembilan yang kini mengumpul empat mata selepas mengharungi tiga perlawanan pertama pastinya akan bermain bermati-matian sepanjang 90 minit perlawanan agar peluang untuk layak ke peringkat suku akhir lebih cerah.
Berikut ialah keputusan terkini perlawanan peringkat kumpulan C bagi Piala Malaysia 2013 antara Kelantan menentang Negeri Sembilan. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Kelantan (2) vs (3) Negeri Sembilan(FT)
Senarai penjaring gol :
S. Sivanesan 13' (NS)Indra Putra Mahayuddin 37' (KLTN)Fakri Saarani 48' (KLTN)Fabio Leandro 57' (NS)Fabio Leandro 78' (NS)

Ketua kumpulan Geng 21 mati ditembak di Gelang Patah, Johor

Ketua kumpulan Geng 21 mati ditembak - Kejadian kes tembak-menembak dan pembunuhan di Malaysia terus berleluasa apabila terbaru seorang lagi ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun mati ditembak dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah, Johor.
Mangsa yang dikenali sebagai K. Jeganathan didakwa sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya sebelum didatangi dua lelaki yang memakai topi keledar dan melepaskan beberapa das tembakan kira-kira pada jam 7.30 malam.
Sejurus kejadian pantas itu, Jeganathan yang merupakan ketua kumpulan Geng 21 terus dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah, namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat, dipetik dari mstar.

Keputusan Malaysia vs India Hoki Piala Asia 2013

Keputusan Malaysia vs India Hoki Piala Asia 2013 - Malam ini akan berlangsung perlawanan peringkat separuh akhir membabitkan pasukan negara menentang India bagi kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Perlawanan sengit ini bermula agak lewat iaitu pada jam 9.45 malam dan bersiaran secara langsung di ASTRO Supersport 801.

Pasukan India yang menghuni tangga ke-11 dalam ranking dunia tentunya bukan lawan mudah bagi skuad kebangsaan yang berada di ranking ke-13 dunia dan mereka harus bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan yang amat diharapkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Apapun, bola hoki itu bulat dan sebarang kejutan boleh sahaja berlaku bila-bila masa. Tiada perkara yang mustahil jika semangat tinggi dan tidak mudah berputus asa diterapkan dalam pasukan Malaysia. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan antara Malaysia menentang India.

Malaysia(0) vs (2)India (FT)
Senarai penjaring gol :
Ramachandra 8' (INDIA)Mandeep 61' (INDI…

Gambar Fida Ibrahim berpakaian ketat yang dikritik peminat

Gambar Fida Ibrahim berpakaian ketat yang dikritik peminat - Jika dua hari lepas penyanyi Shila Amzah dihentam dan dikritik peminat kerana memakai baju ketat dan bergambar terlalu rapat dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie, perkara sama turut berlaku kepada peserta AF10, Fida Ibrahim.

Bekas kekasih Mamat Sepah itu berkongsi beberapa keping gambar terbarunya di laman Instagram yang diambil ketika dia sedang menjalankan sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah produk pelangsingan badan.

Bagaimanapun, rata-rata peminatnya tidak senang dengan etika pemakaian Fida kerana dianggap terlalu ketat dan menampakkan sebahagian aset sensitifnya. Bagi mereka, tiada guna mengenakan tudung jika tetap memakai gaun seketat dalam gambar-gambar itu.

Di bawah ini ialah tiga keping terbaru Fida Ibrahim yang mendapat komen-komen negatif dari peminat dan meminta agar pelakon kesayangan mereka itu segera memadamnya dari akaun Instagram.




Punca filem KL Gangster 2 bocor ke Internet

Punca filem KL Gangster 2 bocor ke Internet - Kebocoran filem KL Gangster 2 ke internet dua hari lepas mengundang satu kejutan besar buat penonton yang terus sabar menantikan penayangannya secara rasmi pada 3 Oktober ini.

Rata-rata peminat melahirkan rasa simpati dengan kejadian tidak dijangka itu dan menggesa agar individu yang bertanggungjawab membocorkan filem berkenaan segera dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman.

Berhubung punca kebocoran KL Gangster 2 kepada umum, penerbitnya, Yusof Haslam memberitahu bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam, dipetik dari Sinar Harian.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu."

Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

"Filem…

Akaun Facebook Syamsul Yusuf digodam dan diceroboh

Akaun Facebook Syamsul Yusuf digodam dan diceroboh - Hanya sehari selepas tersebarnya link download KL Gangster 2, kini akaun Facebook Syamsul Yusuf pula digodam dan diceroboh oleh individu yang amat tidak bertanggungjawab.

Kes pencerobohan ini disahkan sendiri oleh pengarah tersohor itu melalui kenyataan ringkas di akaun Twitternya awal pagi tadi. Dia nyata tidak dapat tidur lena kerana terus memikirkan nasib filem terbarunya yang bakal ditayangkan di Pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 3 Oktober nanti.


Sedih dan simpati dengan nasib malang yang menimpa Syamsul Yusuf, admin hanya mampu memohon agar individu yang cemburukannya berhenti dari terus berbuat demikian. Syamsul Yusuf ialah pengarah filem pertama yang berjaya memikat hati penonton, jadi beri sokongan penuh kepadanya untuk terus berkarya dalam industri perfileman negara.

Dalam perkembangan lain, anak kepada Yusuf Haslam itu memberitahu telah mengenalpasti laman web dan blog yang memuatnaik download KL Gangster…

Aksi manja Kilafairy didukung lelaki kacak di ladang kelapa sawit

Aksi manja Kilafairy didukung lelaki kacak - Pada usia 21 tahun, aktres Kilafairy sudah mengecapi populariti yang mengagumkan dek kerana kontroversi yang sering melanda pelakon itu. Kontroversi paling membuat peminat mengingatinya ialah penyebaran sebuah video klip yang memaparkan aksi Kilafairy tidak memakai seluar, hanya baju.

Isu ini terus diperkatakan di blog-blog hiburan walaupun ianya sudah beberapa minggu berlalu. Mungkinkah dengan adanya kontroversi akan dapat membantu seseorang artis itu untuk mendapat lebih banyak tawaran berlakon? Itu admin kurang pasti namun yang pastinya populariti Kilafairy kini semakin memuncak dan semakin dikenali ramai.

Terbaru, pelakon drama bersiri Saiful Nita itu telah memuatnaik sekeping gambar yang amat melucukan peminat. Nak tengok gambar itu, korang kena skrol kat bawah. Dalam gambar berkenaan, Kilafairy secara tidak sengaja telah meminta dukung dari seorang lelaki kacak di sebuah ladang kelapa sawit.


Tindakan spotan artis yang digelar Angelina…

Gambar Erma Fatima hisap rokok tersebar

Gambar Erma Fatima hisap rokok tersebar - Admin cukup terkejut dengan sekeping gambar Erma Fatima yang dilihat sedang teruja menyalakan sebatang rokok tanpa sedikit pun rasa malu. Khabarnya, gambar itu telah dimuatnaik di akaun Instagram milik penerbit itu dua minggu lalu dan telah mengundang pelbagai respon dari peminatnya.
Apa yang menarik tentang sekeping gambar berkenaan ialah gaya yang ditunjukkan oleh Erma Fatima yang kelihatan sangat pro dan biasa menyalakan rokok. Ada kemungkinan pengarah terkenal itu memang merokok terutamanya ketika berhadapan dengan tekanan tinggi.

Berkenaan respon peminat terhadap gambar itu, kebanyakkan mereka memuji gaya gangster yang ditunjukkan Erma. Ramai yang merasa lucu, terkejut dan masih tidak percaya artis kesayangan mereka itu sebenarnya biasa merokok.


Wajah sebenar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan

Wajah sebenar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan - Kehadiran pelakon tersohor Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2 dengan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap cukup membuatkan kami teruja untuk menantikan penayangan filem arahan Syamsul Yusuf itu pada 3 Oktober ini.

Digelar sebagai Tailong dalam filem berkenaan, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem. Kini kehidupan peribadi penerbit itu turut sama kembali menjadi perhatian blog-blog hiburan serta para penulis cerita sensasi.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok dua keping gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak? Bagi kami, isteri penerbit Program Pilih Kasih itu memang sangat cantik.

Sumber : Blog Myartis




Gambar bekas kekasih Lisa Surihani

Gambar bekas kekasih Lisa Surihani - Memang kacak dan macho sungguh bekas kekasih kepada pelakon Lisa Surihani sebelum mereka berpisah beberapa tahun lalu. Kini harapan untuk memiliki Lisa oleh mana-mana lelaki lain di luar sana sudah tertutup rapat kerana dia kini sah jadi isteri kepada pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim.

Apapun, jom layan beberapa keping gambar mesra Lisa dan bekas kekasihnya. Mereka sememangnya padan dan berkongsi minat sama namun oleh sebab tiada jodoh maka hubungan mereka putus di tengah jalan.






Isu filem KL Gangster 2 leaked, Syamsul Yusuf ambil tindakan polis

Isu filem KL Gangster 2 leaked, Syamsul Yusuf ambil tindakan polis - Selepas menjadi filem tempatan yang paling ditunggu-tunggu penonton sejak dua tahun lalu, Skop Production kini berdepan masalah baru apabila filem hebat tersebut yang dijangka menemui penonton 3 Oktober ini telah dibocorkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kini fullmovie DVDscr filem KL Gangster sedang berlegar-legar di laman maya dan semakin ramai yang ghairah memuat-turunnya tanpa kebenaran dari pemilik media. Pengarahnya, Syamsuf Yusuf turun terkejut dengan berita kebocoran itu semalam dan memberi amaran keras akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang bertanggungjawab.



Gambar Sarimah Ibrahim paling memukau lelaki miang (15 Photo)

Gambar Sarimah Ibrahim paling memukau lelaki miang - Aktres jelita Sarimah Ibrahim memang seorang pelakon yang amat cantik dan memukau kerana memiliki raut wajah seperti selebriti Hollywood. Ini kerana wanita berusia 35 tahun itu sememangnya berdarah kacukan Irish-Malay dan lahir di Dublin, Ireland.

Seperti beberapa keping gambar cantik Sarimah di bawah, sesiapa pun yang melihat penampilannya akan terpegun dan tergamam. Apa tidaknya, pelakon itu tidak ubah seperti seorang gadis dara walaupun dia sebenarnya pernah berkahwin sekali dengan Amir Andrew Abdullah, 42, sebelum bercerai tiga tahun kemudian.

Pernah membintangi lebih dari 10 drama dan filem serta mengacarakan puluhan program television sejak mula bergiat dalam dunia hiburan pada 1996, Sarimah banyak menerima anugerah berprestij seperti Best Newcomer Anugerah Media Hiburan 1998, FHM Sexiest Women In The World Poll 2002, Best Entertainment TV Presenter Anugerah Skrin 2005 TV3 dan banyak lagi.

Ternyata perjalanan seni penyanyi itu…

Gambar Neelofa hamil anak luar nikah Fahrin Ahmad?

Gambar Neelofa hamil anak luar nikah Fahrin Ahmad - Agak kontroversi pula tajuk admin kali ini kan! Sudah pastinya korang akan tertanya-tanya kebenaran di sebalik cerita kehamilan pelakon jelita, Neelofa yang didakwa anak kepada pelakon Fahrin Ahmad. Anyway, korang tidak perlu terkejut dengan berita gempar ini.

Memang benar Neelofa sedang hamil anak luar nikah pelakon kacak itu namun ianya hanya berkisar dalam lakonan mereka bagi sebuah filem berjudul Pilot Cafe yang dijangka akan menemui penonton di Pawagam tahun depan.

Filem arahan Osman Ali itu diadaptasikan dari novel cinta popular bertajuk Pilot Cafe yang ditulis dan dikarang oleh Ahadiat Akashah. Mampukah filem Pilot Cafe menandingi kehebatan filem Ombak rindu yang sebelum ini mencetuskan fenomena di Pawagam dengan kutipan pecah panggung berjumlah RM10.90 juta setelah empat minggu ditayangkan? Kita tunggu dan lihat nanti.

Selain Neelofa dan Fahrin Ahmad sebagai tunjang utama, filem cinta ini juga diperkuatkan dengan kehadiran be…

Senarai nama mangsa kemalangan Toyota Avanza langgar lori di Ledang, Johor

Senarai nama mangsa kemalangan Toyota Avanza - Selepas tragedi terburuk dalam sejarah Malaysia membabitkan nahas bas persiaran terjunam ke gaung Genting Highland minggu lalu, kini berlaku satu lagi kemalangan menakutkan di Bukit Kangkar, Jalan Tangkak-Muar, Ledang selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza merempuh sebuah lori di tepi jalan awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.40 pagi Rabu, lima nyawa telah terkorban manakala tiga lagi yang merupakan anak kepada Mahani Othman mengalami kecederaan teruk. Mereka kini sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Berikut ialah senarai penuh nama mangsa yang terkorban dan cedera parah.
Mangsa meninggal dunia :-
1. Rokiah Othman, 62 2. Mahani Othman, 56
3. Jasilah Othman, 42
4. Basiorn Kasiran, 74 (suami Rokiah)
5. Ramlah Abu Bakar, 66

Mangsa cedera parah :-

1. Siti Hajar Abdul Rahim, 30
2. Siti Nur Ain Abdul Rahim, 24
3. Siti Nur Suhada Abdul Rahim, 20

Gambar majlis pertunangan pengacara Astro Awani, Syakirin Husnal dan Faris Ariffin (27 Photo)

Gambar majlis pertunangan pengacara Astro Awani - Jutaan kali diucapkan tahniah kepada pengacara Astro Awani, Syakirin Husnal yang telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan, Faris Ariffin pada 15 Ogos lalu di Restoran Al-Maida Restaurant, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Syakirin yang mula dikenali menerusi program On Air dilihat tersenyum riang sepanjang majlis pertunangan berlangsung dan dia mengenakan gaun merah jambu muda dipadankan dengan tudung berwarna hijau lembut.
Untuk pengetahuan, selain pernah mengacarakan rancangan Astro Awani, wanita jelita ini turut mendapat peluang untuk menjadi pengacara bagi program Hijabista dan Primadona. Hebat bukan Beautifulnara!
Sudah pasti berita pertunangan mengejut ini bakal menjadi igauan kepada jejaka-jejaka di luar sana kerana perempuan idaman mereka kini telah dikebas oleh Faris Ariffin. Apapun, jom layan beberapa keping gambar menarik sekitar majlis pertunangan Syakirin Husnal dan Faris Ariffin di bawah.