Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Lana Nordin peluk wartawan lelaki, peminat mengamuk cemburu

Nordin peluk wartawan lelaki - Bertuah sungguh si wartawan lelaki yang dikenali sebagai @bobofahad kerana berpeluang untuk memeluk pelakon seksi, Lana Nordin ketika sesi bergambar untuk Berita Harian.

Sekeping gambar itu telah dikongsikan oleh Lana sendiri di laman Instagram miliknya beberapa jam lepas. Tidak lama kemudian, gambar berkenaan mula mendapat komen-komen dari peminat lelaki yang nyata cemburu dengan si wartawan lelaki kerana mendapat peluang keemasan untuk memeluk.

Demi meredakan keadaan, Lana Nordin telah meninggalkan respon ringkas untuk salah seorang peminatnya yang berbunyi "Haha nanti i peluk u gak @jimmycouture." Walaupun nampak macam bergurau namun sudah semestinya disukai oleh si peminat @jimmycouture.




Gambar pembunuh Hussain Ahmad Najadi, pengasas Ambank

Gambar pembunuh Hussain Ahmad Najadi - Tahniah kepada pihak polis yang begitu pantas mengesan identiti dan gambar pembunuh pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi. Hanya dalam tempoh tiga hari, suspek utama yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai telah berjaya dikenalpasti.
Berikut ialah beberapa keping gambar hitam putih Sei Ngan Chai yang dipercayai masih berada di ibu negara. Imej gambar itu diperolehi menerusi CCTV di kawasan pembunuhan. Pihak polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun yang memandu kenderaan tersebut untuk suspek.





Ibu rayu Fizz Fairuz dan Almy kembali bercinta

Ibu rayu Fizz Fairuz dan Almy kembali bercinta - Sejak putus tunang dengan isteri orang, Azlyn Massiela pada 10 Februari lalu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, kini lebih berhati-hati dalam menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan kaum hawa.

Terbaru, pelakon drama Nur Kasih ini dikatakan telah diminta oleh ibunya untuk kembali ke pangkuan Almy dan meletakkan syarat kepadanya agar berkahwin dua tahun lagi serta bertunang dua jam sebelum ijabkabul.

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy." 
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Almy Nadia setakat ini, Fizz memberitahu dia masih berhubung dengan Almy tetapi sebagai kawan biasa…

Lana Nordin anggap isu ditangkap tidak puasa dan minum arak sebagai lawak

Isu Lana Nordin ditangkap tidak puasa dan minum arak - Pelakon Lana Nordin menyifatkan isu kononnya dia ditangkap gara-gara tidak berpuasa dan meminum arak di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong pada 12 Julai lalu langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai seorang selebriti.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.

"Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata."

"Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya."

"Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa."


Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap de…

Biodata Chetz Yusof muatnaik video hina Islam dengan anjing

Biodata Chetz Yusof muatnaik video hina Islam - Ekoran penyebaran secara meluas video Chetz Yusof yang didakwa menghina Islam dengan anjing, beliau telah tampil membuat penjelasan menerusi portal Mynewshub.

Menurutnya, dia tiada niat untuk menghina Islam kerana tujuannya memuatnaik video itu hanyalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

Berikut ialah sedikit biodata Chetz Yusof :-

Nama Penuh : Maznah Mohd Yusof
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 38 Tahun
Kelulusan : Ijazah Muda Industrial Engineering
Universiti : Marquette University, Milwaukee WI USA
Pekerjaan : Jurutera (Sudah berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri)
Agama : Islam
Jumlah Anjing Peliharaan : 8 Ekor

Di bawah ini pula ialah sedikit penjelasan beliau berkenaan isu sensitif itu :-

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjin…

Gambar terkini Hussain Ahmad Najadi ditembak mati, identiti pembunuh dikenalpasti

Gambar terkini Hussain Ahmad Najadi ditembak mati - Sambungan kepada artikel admin semalam yang bertajuk gambar dan punca pengasas AmBank Group ditembak mati, kali ini admin berkongsi beberapa lagi keping gambar terkini sekitar kematian pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi di tempat letak kereta berdekatan kuil di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang dipetik dar portal Harian Metro, identiti pembunuh Hussain Ahmad Najadi itu kini sudah dikenalpasti dan pihaknya percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat.






Gambar romantik Jehan Miskin dan isteri sambut Hari Raya

Gambar romantik Jehan Miskin dan isteri sambut Hari Raya - Rasanya ini pertama kali isteri Jehan Miskin menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sah bergelar isteri kepada pelakon itu pada 4 Mei 2013.

Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan telah berkongsi dengan peminat beberapa keping gambar romantik dirinya bersama isteri tersayang, Julie Camelia Rhee, seorang gadis kelahiran Korea selantan.







Identiti wanita Chetz muatnaik video hina Islam disiasat

Identiti wanita Chetz muatnaik video hina Islam disiasat - Berikutan penyebaran video Chetz yang didakwa menghina Islam menerusi laman youtube, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarah untuk membuat siasatan.

Menurut Datuk Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan tersebut kerana video dianggap boleh mengganggu sensitiviti umat Islam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu."

Dalam rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar di kawasan perkarangan masjid dengan berlatarkan lagu Takbir Raya.

Chetz yang dilihat memakai Baju Melayu hitam kemudiannya membasuh kaki anjingnya, mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk t…

Shahrul Nasrun mengaku cintakan Adira, rancang kahwin segera

Shahrul Nasrun mengaku cintakan Adira - Sebelum ini beberapa keping gambar romantik Adira dan Shahrul Nasrun sedang memilih pakaian pengantin untuk rakan mereka telah tersebar secara meluas di laman maya.

Bukan setakat portal beautifulnara dan rotikaya yang berkongsi gambar-gambar berkenaan malah kebanyakan blog lain yang turut tidak terlepas dengan perkembangan terbaru Adira ini.

Tidak mahu peminat terus diselubungi dengan pelbagai persoalan tentang hubungan mereka berdua, Shahrul Nasrun yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia tampil membuat penjelasan menerusi portal Berita Harian. Ini bunyi pengakuan Shahrul Nasrun :-

"Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain." 

"Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan r…

Tiz Zaqyah beraya di rumah kekasih baru

Tiz Zaqyah beraya di rumah kekasih baru - Khabarnya, pelakon Tiz Zaqyah akan beraya di rumah kekasih barunya. Pengakuan aktres cantik ini dibuat ketika dia ditemui dalam satu majlis pelancaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita di Lot 10, semalam. Berikut ialah sedikit penjelasan dari Tiz berkenaan cerita terbaru ini.

“Raya pada tahun ini saya dan kekasih akan bersama-sama mengunjungi rumah masing-masing. Seperti sedia maklum saya dan kekasih sebenarnya sudah saling lama mengenali cuma kami belum ada jodoh ketika itu, dan sekarang barulah dapat kami bersama-sama.”

“Setakat ini saya masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai hubungan kami ini, saya serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T."

“InsyaAllah sekiranya saya ingin ke fasa seterusnya dalam perhubungan kami saya akan memberitahu kepada semua peminat-peminat saya dan juga anda rakan-rakan media.”


Sekitar majlis perkahwinan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakob (7 Photo)

Sekitar majlis perkahwinan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakob - Umum mengetahui personaliti televisyen popular, Ras Adiba Radzi kini sah bergelar isteri kepada jejaka Ilias Yaakob yang merupakan seorang penasihat kewangan.

Kedua-dua mereka berusia 45 tahun dan pernikahan itu berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berwalikan Mohd. Radzi Wahab.

Berikut ialah lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pekahwinan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakob sebagai tambahan kepada entri admin sebelum ini yang bertajuk gambar perkahwinan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop.









Emma Maembong dikritik peminat kerana promosi ganja

Emma Maembong dikritik peminat kerana promosi ganja - Niat baik pelakon sedang meningkat naik, Emma Maembong untuk berkongsi sekeping gambar dirinya sedang memakai T-shirt putih di laman Instagram tidak kesampaian apabila segelintir peminat mempertikaikan tindakan Emma itu.

Admin sendiri tidak pasti apa yang tidak kena dengan pakaian T-shirt yang cuba ditunjukkan oleh Emma. Walaupun ianya disertakan dengan tulisan Potsweedwear namun itu bukan isu yang patut dipertikaikan sebenarnya.


Berikut ialah sebahagian komen yang ditinggalkan peminat ke atas gambar yang dimuatnaik Emma semalam. Agak kasar dan tidak masuk akal pula.



Farid Kamil larang ibu mertua jumpa Diana Danielle dan anaknya

Farid Kamil larang ibu mertua jumpa Diana Danielle dan anaknya - Jika sebelum ini, pelakon Farid Kamil menyindir ibu mertuanya Norsiah Ramli di Twitter menerusi kenyataan ringkas dan tersirat, semalam pula beliau kembali membuat kenyataan terbuka menerusi portal mStar.

Kali ini, Farid Kamil melarang Norsiah berjumpa dengan isteri dan anaknya. Keputusan ini dibuat selepas pelakon Dampak itu kecewa dengan sikap ibu mertuanya yang tidak langsung memperdulikan Diana Danielle ketika di Australia.

“Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri & anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.”

“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati. Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu” 

“Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubu…

Pelakon Liyana Jasmay gembira suami kuat cemburu

Pelakon Liyana Jasmay gembira suami kuat cemburu - Sejak berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 29, pada 2 Februari 2013 lalu, pelakon Liyana agak sedikit senyap dari dunia hiburan. Selama 6 bulan sah bergelar suami isteri, kontroversi membabitkan pelakon comel ini tidak langsung kedengaran.

Bagaimanapun, menerusi portal mStar, Liyana telah tampil membuat pengakuan berhubung dengan sikap kuat cemburu suaminya jika melihat dia berlakon dalam adegan-adegan cinta yang romantik.

“Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik."

"Tetapi saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula.”

Menurut Liyana, suaminya telah memberi syarat agar dia tidak melakonkan adegan keterlaluan seperti babak-babak yang melibatkan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain atau berpelukan.

“Setakat i…

Gambar dan punca pengasas AmBank Group ditembak mati

Gambar dan punca pengasas AmBank Group ditembak mati - Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi selepas beliau ditembak mati kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta berdekatan kuil di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Hussain, 75, difahamkan sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya sebelum seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan, lapor news abnxcess.
Beliau mati serta-merta di tempat kejadian selepas bahagian dada dan rusuknya terkena tembakan manakala isterinya, Cheong Mei Kuen, 49, cedera teruk dilanggar di bahagian tangan.
Selain individu yang menembak mati mangsa, terdapat dua lagi rakan lain yang turut terlibat sama. Mereka dikenalpasti menaiki sebuah teksi Proton Waja berdasarkan Kamera litar tertutup di tempat kejadian itu.







Gambar romantik Lana Nordin dan Maria Farida di Melodi Raya

Gambar romantik Lana Nordin dan Maria Farida - Penampilan terkini dua aktress cantik Malaysia, Lana Nordin dan Maria Farida cukup mengujakan kaum lelaki apabila mereka turut hadir dalam program Melodi Raya minggu lepas.

Beberapa keping gambar romantik Lana Nordin dan Maria Farida di bawah telah dikongsikan sendiri oleh Lana di laman Instagram miliknya.
Sebenarnya, admin cukup tertarik dengan beberapa komen lelaki yang mengatakan mereka berdua inilah yang paling cantik di kalangan aktress perempuan yang hadir walaupun tidak bertudung. Bagi penulis pun Lana Nordin dan Maria Farida memang amat cantik dan cukup meninggalkan kesan di fikiran ketika tidur.








Wawa Zainal dan Aeril Zafril kini hangat bercinta?

Wawa Zainal dan Aeril Zafril kini hangat bercinta - Hanya kerana meninggalkan keretanya kepada Aeril Zafril untuk dijaga ketika pulang bercuti ke kampung di Lahad Datu, Sabah, Wawa Zainal kini berdepan gosip baru dikaitkan hangat bercinta dengan rakan sekerjanya, Aeril Zafril, dipetik dari rotikaya.

Lebih mengesahkan dakwaan ini, Aeril dikatakan sanggup membayar ganti rugi di atas kehilangan kereta Wawa Zainal yang dijaganya. Samada benar atau tidak gosip ini, kita tunggu dan lihat sahaja penjelasan dari mereka berdua.