Statistik terkini bacaan Jerebu di seluruh Malaysia 23 Jun 2013


Statistik terkini bacaan Jerebu di seluruh Malaysia 23 Jun 2013 - Bacaan paras jerebu yang dicatatkan sekitar pagi Ahad di seluruh Malaysia cukup mengejutkan apabila berlaku peningkatan mendadak di kawasan Muar, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai. Paras bacaan jerebu yang dicatatkan di tiga kawasan ini melepasi aras kategori Very Unhealthy yang dibenarkan dan bakal mendedahkan penduduk di kawasan berkenaan dengan pelbagai risiko penyakit khususnya kepada penghidap penyakit asma dan tibi.

Orang ramai dinasihatkan agar memakai penutup mulut dan hidung ketika hendak keluar rumah atau pergi membeli-belah. Sebarang aktiviti pembakaran di kawasan halaman rumah tidak digalakkan kerana risiko kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta. Di sini, admin ingin berkongsi statistik terkini bacaan paras jerebu di seluruh Malaysia sekitar pagi Ahad, 23 Jun 2013.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan