Pelabuhan Klang kritikal, bacaan IPU jerebu cecah paras 495


Pelabuhan Klang kritikal, bacaan IPU jerebu cecah paras 495 - Penduduk Pelabuhan Klang kini memakai topeng muka mereka berikutan keadaan jerebu yang semakin tebal apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekitar jam 8 pagi tadi mencecah 495.

Hanya sejam sebelumnya, bacaan IPU di Pelabuhan Klang adalah 487, meningkat mendadak berbanding bacaan pada petang Isnin yang sudah pun pada tahap berbahaya iaitu 319.

Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan “Sederhana”, 101 sehingga 200 sebagai “Tidak sihat” dan 201 sehingga 300 “Sangat tidak sihat”.

Sebarang bacaan melebihi 300 adalah “Berbahaya” manakala bacaan melebih 500 dikategorikan sebagai “ Darurat”.

Bandar pelabuhan di Selangor itu kini mengalami jerebu terburuk di negeri tersebut apabila asap beralih ke utara dari Muar dan Ledang dan Johor, di mana jerebu pada tahap “Darurat” telah diisytiharkan pada Ahad.

Pelabuhan Klang telah pun mempunyai bacaan IPU yang tidak sihat melebihi 280 sejak hari berkenaan.

Kawasan-kawasan lain di Selangor menghampiri tahap berbahaya iaitu Banting pada 293 dan Shah Alam (297).

Kuala Selangor mempunyai bacaan 245 manakala Petaling Jaya (216).

Sebanyak 19 kawasan di seluruh Malaysia masih dilabelkan sebagai tidak sihat dan empat lagi sangat tidak sihat. - mStar

0 Response to "Pelabuhan Klang kritikal, bacaan IPU jerebu cecah paras 495"

Catat Ulasan

dzulCYBER