Searching...
3:17 PTG 2

Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam Julai 2013


Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam Julai 2013 - Nampaknya, kakitangan awam sekali lagi menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila mereka akan diberikan kenaikan gaji tahunan sebanyak 2 kali bagi tahun 2013. Difahamkan, kenaikan gaji tahunan ini akan berkuatkuasa pada bulan Julai 2013.

Bagi kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum, mereka akan menikmati tambahan 3 tangga gaji atau dalam erti kata lain kenaikan gaji mereka akan berlaku sehingga tempoh 3 tahun perkhidmatan. Selain itu, bagi kakitangan awam yang lain, mereka akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 - RM320.

Kenaikan gaji tahunan ini adalah mengikut gred, contohnya bagi yang DG41 naik RM230, DG44 naik RM250, DG48 naik RM270, DG52 naik RM290 dan DG54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 pula melibatkan penjawat awam yang mempunyai gred dan tangga gaji paling bawah.

Bagi kenaikan gaji kakitangan awam yang jatuh pada bulan Januari, penjawat awam berkenaan akan menikmati satu lagi kenaikan pada bulan Julai tahun yang sama. Contohnya, DG41 menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM230 setahun dan gaji asas pada tahun 2012 ialah RM2,905.25, maka gaji baru yang diterima pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM2,905.25 + RM230 = RM3,135.25. Manakala pada bulan Julai 2013 pula, gaji baru yang diterima ialah RM3,135.25 + 230 = RM3,365.25. Pada bulan Januari 2014 yang berikutnya, kenaikan gaji adalah seperti biasa iaitu RM3,365.25 + 230 = RM3,595.25.

Bagamanapun, jika kenaikan gaji kakitangan awam jatuh pada bulan Julai maka secara automatiknya penjawat awam itu akan menerima 2 kali kenaikan gaji tahunan. Contohnya, DG41 menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM230 setahun dan gaji asas pada tahun 2012 ialah RM2,905.25, maka gaji baru yang diterima pada bulan Julai 2013 ialah RM2,905.25 + 230 + 230 = RM3,365.25. Pada bulan Julai 2014 yang berikutnya, kenaikan gaji adalah seperti biasa iaitu RM3,365.25 + 230 = RM3,595.25.

Begitulah kaedah pengiraan dibuat bagi kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober.


2 Komen: