Gambar majlis resepsi perkahwinan Beego dan Linda Hashim (41 Photo)


Gambar majlis resepsi perkahwinan Beego dan Linda Hashim - Selepas pasangan selebriti hebat tempatan, Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan pada malam Jumaat, majlis resepsinya pula telah selamat berlangsung dengan lancar pada hari Sabtu, bersamaan dengan tarikh 8 Jun 2013, di Dataran Finas, Ulu Kelang.

Kedua-dua pengantin kelihatan sama cantik dan sama padan ketika bersemaya di atas pelamin. Apapun, admin mengucapkan tahniah kepada Beego dan Linda Hashim kerana akhirnya sah bergelar suami isteri walaupun dilanda beberapa siri kontroversi liar daripada pihak tertentu yang cemburukan populariti Beego.

Beego yang diminta mengulas tentang beberapa siri kontroversi dihadapinya sebelum ini berharap agar tidak ada lagi sebarang spekulasi tidak benar timbul mengenai dirinya setelah berkahwin, dipetik dari rotikaya.

“Sebenarnya, kalau mengikut kata peguam-peguam yang saya berjumpa sebelum-sebelum ini, mereka berkata kes saya sebenarnya tidak wujud atau timbul, tiada apa yang boleh sabitkan saya melakukan kesalahan tersebut kerana tidak ada saksi-saksi yang membolehkan saya didakwa. Malah beberapa rakan produksi saya juga mengatakan saya memang ‘dikenakan’ dan ini juga terjadi kepada seorang selebriti akan hal yang sama berlaku kepada saya baru-baru ini.”

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Beego dan Linda Hashim yang berlangsung di Dataran Finas, Ulu Kelang. Semua gambar-gambar ini dikongsikan oleh laman blog rotikaya.










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan