Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Rumah dipecah masuk dan dirompak, Khairy Jamaluddin kini akui jenayah Malaysia teruk

Rumah Khairy Jamaluddin dirompak tiga pencuri - Rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terletak di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara telah dipecah masuk tiga pencuri pada petang Sabtu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata dalam insiden yang berlaku pada jam 5.30 petang Sabtu, suspek memasuki rumah Khairy dengan memanjat tembok pagar dan kemudiannya masuk mengikut pintu hadapan yang tidak berkunci.

"Trio berkenaan menaiki kereta Proton Waja. Menteri dan isterinya tiada di rumah dan hanya tinggal pembantu rumah beliau ketika kejadian berlaku. Pembantu rumah berkenaan sangat takut untuk berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melarikan diri dan bersembunyi dalam bilik utama."

Menurut Datuk Ku, jumlah kerugian yang dialami oleh Khairy Jamaluddin masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut mengesahkan insiden berkenaan pada laman sosial Facebook miliknya pada Ahad, serta merakamkan…

Perkahwinan dua penyokong Kelantan di Final Piala FA 2013

Perkahwinan dua penyokong Kelantan di Final Piala FA 2013 - Amat melucukan bagi admin apabila dua lelaki yang juga penyokong fanatik skuad The Red Warrior telah melakonkan babak perkahwinan dan berarak memasuki Stadium Bukit Jalil. Macam-macam lah pula dengan penyokong Kelantan ini.

Bagaimanapun, babak melucukan ini tidak rugi dilakonkan kerana pasukan Kelantan berjaya mengekalkan trofi kejuaraan Piala FA 2013 dengan menewaskan pasukan Johor Darul Takzim, 1-0. Jom layan lagi tiga keping gambar sekitar perkahwinan dua penyokong The Red Warrior petang semalam yang dikongsikan rfm2u.





Digelar wanita gila, Abby Abadi bantai peminat di Twitter

Digelar wanita gila, Abby Abadi bantai peminat di Twitter - Nampaknya hubungan antara pelakon terkenal, Abby Abadi dengan peminat semakin regang sehingga beliau sendiri menggelar dirinya gila. Apa sudah jadi kata Ajis?



Elfira Loy mengaku cintakan Baim Wong

Elfira Loy mengaku cintakan Baim Wong - Selepas pengakuan mengejut Baim Wong menerusi rancangan MeleTOP beberapa hari lalu, gosip percintaan antara Elfira Loy dan Baim Wong kini menjadi bualan hangat di kalangan peminat di pelusuk Malaysia dan Indonesia.

Terbaru, wartawan kosmo sempat menemubual pelakon comel, Elfira Loy berkenaan reaksinya terhadap pengakuan mengejut Baim Wong itu. Ternyata, Elfira seorang gadis yang suka berterus-terang dan beliau memberikan jawapan tanpa berselindung dan jujur.
"Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang." 
"Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi ter…

Gambar romantik Lana Nordin dan Keith Foo

Gambar romantik Lana Nordin dan Keith Foo - Pelakon drama Jodoh itu Milik Kita, Keith Foo kelihatan kacak dan segak bergaya ketika bergambar dengan pelakon kontroversi, Lana Nordin di set penggambaran. Nampaknya, Lana Nordin tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di sisi Keith Foo walaupun hanya untuk mendapatkan beberapa keping gambar romantik.







Awek Kelantan jadi perhatian penonton Final Piala FA 2013

Awek Kelantan jadi perhatian penonton Final Piala FA 2013 - Di sebalik pertembungan sengit antara Kelantan dan Johor Darul Takzim bagi merebut kejuaraan Piala FA 2013, dua awek Kelantan telah mencuri tumpuan perhatian para penyokong kedua-dua pasukan. Siapakah gerangan kedua-dua awek cantik ini? Memang cantik dan menawan. Tak hairan pun kalau perhatian para penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim akan terpesong dengan serta-merta.



Keputusan terkini Kelantan vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 2013

Keputusan terkini Kelantan vs Johor Darul Takzim - Pertembungan akhir bagi saingan Piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim sudah pastinya amat mengujakan malam ini kerana kedua-dua pasukan terkenal dengan kumpulan penyokong yang fanatik dan ganas.

Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam, Johor Darul Takzim yang tidak pernah meraih sebarang kejuaran sebelum ini akan bermain bermati-matian sepanjang 90 minit permainan. Kelantan pula yang memenangi tiga kejuaraan tahun lepas tetap dahagakan kemenangan kerana perlawanan malam ini menentukan nasib ketua jurulatih mereka, Bojan Hodak.
Berikut ialah keputusan terkini perlawanan akhir Piala FA 2013 antara Kelantan menentang Johor Darul Takzim. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah. Juga, korang jangan lupakan saksikan siaran langsung pertembungan dua gergasi bolasepak tempatan di laman sesawang Kelantan vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 2013.

Kelantan (1) - (0) Johor Darul Takzim(FT…

Gambar perkahwinan pelakon Hanny dan Shamsul Akmar

Gambar perkahwinan pelakon Hanny dan Shamsul Akmar - Pelakon drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur iaitu Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara Harmi, 31, kini sah bergelar isteri kepada adik bongsu Datuk Hattan, Shamsul Akmar Sahabudin, 33, sekitar jam 10 pagi Sabtu di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Hanny merupakan anak kepada pelakon terkenal, Julie Dahlan.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar perkahwinan Hanny dan Shamsul Akmar yang dikongsikan oleh REDphotography pada Sabtu.













Kelantan vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 2013

Kelantan vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 2013 - Perlawanan akhir Piala FA 2013 antara Kelantan menentang Johor Darul Takzim akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Johor Darul Takzim yang buat pertama kali layak ke perlawanan akhir pastinya berdepan tekanan tinggi berbanding Kelantan memandangkan mereka tidak pernah merangkul trofi kejuaraan Piala FA sebelum ini.

Admin harap, perlawanan akhir Piala FA 2013 tidak akan dicemari insiden pergaduhan seperti tahun lalu. Pasukan keselamatan perlu bekerja keras dan sentiasa memantau semua kawasan stadium agar mana-mana kumpulan peminat yang agresif dapat dikawal.


Fouziah Gous gelar tunang anak ikan, peminat mengamuk di Instagram

Fouziah Gous dikritik peminat gelar tunang anak ikan - Tindakan Fouziah Gous memuatnaik sekeping gambar romantik bersama tunang dengan caption berbunyi "With my anak ikan" telah mengundang persepsi negatif salah seorang peminat di laman Instagram miliknya.

Peminat berkenaan yang dikenali dengan nama Amoicasillas kelihatan tidak senang dengan caption pendek Fouziah Gous itu kerana baginya kenyataan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bakal suaminya. Inilah bunyi komen peminat Amoicasillas yang agak emosional.


Susulan komen negatif itu, beberapa rakan peminat lain cuba menenangkan Amoicasillas agar tidak terlalu emosional dan berfikiran positif. Mereka turut meminta agar Amoicasillas menganggap caption pendek Fouziah Gous itu gurauan semata-mata sebagai tanda dia bahagia dan menyayangi bakal suaminya, Md Zhafran Md Yusof.


Berikut ialah sekeping gambar yang telah mengundang persepsi negatif dan kritikan dari segelintir peminat di laman Instagram Fouziah Gous. Gambar ini di…

Rumah Almy Nadia terbakar, syarikat produksi enggan beri cuti

Rumah Almy Nadia hangus terbakar - Jika sebelum ini pelakon popular Almy Nadiafrust kerana putus cinta dengan Fizz Fairuz, beliau sekali lagi ditimpa masalah apabila rumahnya di kampung hangus terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan akibat tergelincir.

Menerusi mstar, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, meluahkan rasa sedihnya dengan kejadian itu. Beliau turut kecewa dengan sebuah syarikat produksi kerana enggan memberinya cuti beberapa hari untuk menjenguk keluarga di kampung.

"Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit. Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain."
Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar di bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan ke…

Rozita Che Wan berbaju barbie undang perhatian orang ramai

Rozita Che Wan berbaju barbie undang perhatian orang ramai - Selepas tersingkir di peringkat separuh akhir rancangan realiti Masterchief Selebriti Malaysia musim kedua beberapa hari lalu, Rozita Che Wan kini tampil dengan fesyen terbaru yang bakal mencairkan hati lelaki.

Kekasih kepada Zain Saidin ini dilihat hanya mengenakan pakaian barbie paras lutut ketika merasmikan sebuah SPA di kawasan Wangsa Maju namun tetap cantik dan menawan. Berikut ialah beberapa keping gambar Rozita Che Wan berbaju barbie.










Pelakon Benjy mengamuk tumbuk kepala jurugambar

Pelakon Benjy mengamuk tumbuk kepala jurugambar - Berita penahanan pelakon era 90-an, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 35, untuk kali kedua akibat disahkan positif dadah jenis syabu telah mengejutkan industri hiburan tempatan dan orang ramai.
Semalam, pihak polis telah membawa Benjy ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Bagaimanapun, ketika Benjy dibawa keluar dari bilik mahkamah, beliau tiba-tiba bertindak agresif dan menumbuk kepala salah seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar yang cuba merakam gambarnya.
Anak lelaki kepada pelakon veteran Azean Irdawaty itu turut menepis dan hampir merosakkan beberapa kamera jurugambar lain.
Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah sebelum itu telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. - Utusan Malaysia

Bacaan terkini bacaan IPU jerebu seluruh Malaysia 28 Jun 2013

Bacaan terkini bacaan IPU jerebu seluruh Malaysia 28 Jun 2013 - Nampaknya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu bagi seluruh kawasan Malaysia mencatat paras selamat sekitar pagi Jumaat, 28 Jun 2013.

Sehingga jam 6.00 pagi tadi, bacaan IPU jerebu tertinggi dicatatkan ialah 97 di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ini menunjukkan bahawa fenomena jerebu tidak lagi berlaku di Malaysia.

Di bawah ini, admin menyediakan jadual IPU jerebu bagi seluruh kawasan Malaysia untuk memudahkan korang membuat semakan. Jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bergantung kepada maklumat terkini dari Jabatan Alam Sekitar.


Eira Syazira tertekan didera Azad Jazmin di rumah

Eira Syazira tertekan didera Azad Jazmin di rumah - Sejak melahirkan anak pertama mereka pada 11 Januari 2013 lalu, Eira Syazira kini berdepan tekanan dan paksaan dari suaminya, Azad Jazmin untuk menguruskan badan dan langsing seperti sewaktu zaman anak daranya dulu.
Menerusi majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran beberapa hari lepas, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan berat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak akan membenarkannya kembali aktif berlakon, sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.

“Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah."
“Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat taw…