Johan As'ari bercinta dengan kakitangan syarikat RTM


Johan As'ari bercinta dengan kakitangan syarikat RTM - Selepas berpisah secara baik dengan pelakon wanita popular, Nabila Huda beberapa bulan lepas, kisah cinta Johan As'ari kembali diperkatakan media apabila beliau sendiri mengakui sendiri hatinya sudah dimiliki seseorang.

Sambil tersenyum, pelakon drama Karlos yang kini hangat bersiaran menerusi slot Aksi di TV3 setiap Isnin, jam 9 malam tanpa ragu-ragu memberitahu dia sedang hangat bercinta dengan seorang kakitangan syarikat penyiaran yang sudah dikenalinya sejak dua tahun lepas. 

“Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat."

“Antara sebab utama saya sukakan dia kerana dia menjaga solat. Perkara itu penting bagi saya kerana solat tiang agama. Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya."

“Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah, seandai ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat.”
- Harian Metro


0 Response to "Johan As'ari bercinta dengan kakitangan syarikat RTM"

Catat Ulasan

dzulCYBER