Gambar sekitar Himpunan BLACKOUT 505 di Melaka (6 Photo)


Gambar sekitar Himpunan BLACKOUT 505 di Melaka - Pihak pembangkang masih meneruskan Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat bagi membantah penipuan ketara SPR dan BN dalam pilihanraya umum ke-13 yang lepas. Perhimpunan kali ini berlangsung di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan dengan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil, Melaka.

Sebelum ini, lokasi perhimpunan Blackout 505 sepatutnya berlangsung di pejabat KEADILAN Melaka di Taman Bukit Piatu, namun terpaksa dipindahkan ke Bukit Katil atas nasihat pihak keselamatan dan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang dalam hadir dalam Himpunan Blackout 505 berkenaan ialah Ketua Umum KEADILAN , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim. Berikut ialah beberapa gambar sekitar Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang dikatakan hambar oleh penyokong BN. Adakah benar ianya hambar? Korang nilaikan sendiri berdasarkan paparan gambar di bawah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan