Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

5 Gambar Eira Syazira semakin jelita selepas bersalin

Gambar Eira Syazira semakin jelita selepas bersalin - Pelakon wanita terkenal, Eira Syazira dilihat semakin jelita dan menawan sejak melahirkan anak pertamanya, Amarra Sofea Rose pada 11 Januari 2013 lalu bersama suami, Azad Jasmin.

Inilah realiti sering berlaku di kalangan artis wanita yang sudah bersuami dan sudah bersalin. Kejelitaan Eira Syazira memang terbukti nyata melalui beberapa keping gambar di Instagram yang penulis kongsikan di bawah.

Apapun, diucapkan takziah kepada pelakon filem Ngangkung ini atas pemergian ibunya dua minggu lepas. Bukan mudah untuk mengubati rasa sedih yang terbuku dalam hati apabila orang kita sayangi telah pergi buat selama-lamanya.





Sharifah Sakinah bercinta dengan anak lelaki Erma Fatima

Sharifah Sakinah bercinta dengan anak lelaki Erma Fatima - Siapa sangka artis penuh kontroversi Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan anak lelaki kepada penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima. Ianya bagaikan satu kejutan kepada para peminat yang sering melemparkan kata-kata negatif kepada adik Sharifah Shahirah sejak akhir-akhir ini.

“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow. Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima,” katanya kepada media hiburan.


Gambar Siti Elfaeza, kekasih baru Sharnaaz Ahmad

Gambar Siti Elfaeza, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Selepas sah putus cinta dengan penyanyi terkenal, Shila Amzah tiga bulan lepas, kini Sharnaaz Ahmad mula digosipkan sedang bercinta dengan seorang artis cantik dari Jurong, Singapura, dikenali Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq. Gosip liar ini mula tersebar minggu lepas apabila laman blog akupunyer telah berkongsi satu artikel bertajuk "Sharnaaz, Elfaeza Bercinta?". Adakah benar gosip yang disebarkan di laman blog ini?


Kesahihan cerita percintaan dua pelakon hebat ini tidak dapat dipastikan namun jika ianya benar, tahniah kepada pelakon antagonis filem Juvana kerana telah menemui pengganti yang sememangnya lawa dan menawan. Di sini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar Elfaeza, kekasih baru Sharnaaz Ahmad.








Penampilan terkini Stacy yang amat gorgeous (8 Photo)

Penampilan terkini Stacy yang amat gorgeous - Penyanyi lagu Kisah Dongeng, Stacy Angie kembali dengan penampilan terkini yang dilihat amat gorgeous dan menawan. Gaya potongan rambutnya lebih kepada ala-ala kpop korea yang menjadi kegilaan ramai anak-anak muda sekarang. Menerusi laman blog kezoom, beliau telah berkongsi beberapa keping gambar terkini Stacy Angie bersama anak angkatnya, Bella Valentina, berusia setahun tiga bulan.









Gambar terkini Nabila Huda yang dihentam peminat

Gambar terkini Nabila Huda yang dihentam peminat - Selepas menimbulkan beberapa siri kontroversi sebelum ini termasuk memuatnaik gambar-gambar intim dengan Nas-T ketika bersantai di Sydney, Australia, kini beliau kembali pula dengan isu panas terbaru yang lebih hebat. Menurut laman blog kezoom, Nabila Huda difahamkan telah bergambar dengan Nas-T dan pengurusanya, Abil Niesa Khalil dalam keadaan yang hampir tidak berbaju di Langkawi sebelum dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya. Susulan itu, gambar berkenaan segera mendapat reaksi negatif dari kalangan peminat. Inilah antara gambar panas Nabila Huda yang dihentam teruk oleh peminat.


Di bawah ini pula ialah printscreen komen-komen negatif dan beremosi para peminat Nabila Huda di akaun Instagramnya semalam. Kesian juga Nabila Huda, sering dikritik peminat jika berbuat hal-hal yang tak senonoh.




Afiq Muiz harus mohon maaf dan sujud di kaki ibu - Datin Zaiton

Afiq Muiz harus mohon maaf dan sujud di kaki ibu - Nampaknya, isu persengketaan antara Afiq Muiz dan ibunya masih belum ada penamat dan terus tergantung begitu sahaja. Semalam, seorang lagi pihak ketiga iaitu penerbit Station Global, Datin Zaiton Mohd Jiwa tampil menasihatkan Afiq Muiz yang merupakan artis di bawah naungannya untuk memohon maaf dan sujud di kaki ibu beliau dengan penuh ikhlas.

“Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk nunjuk. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlu doa restu ibu untuk berjaya.” Rotikaya


Gambar Shila Amzah ketika menang Anugerah Country Branding

Gambar Shila Amzah ketika menang Anugerah Country Branding - Tahniah kepada penyanyi terkenal tanahair, Shila Amzah yang dikhabarkan memenangi Anugerah Country Branding di dalam majlis The BrandLaureate Best Brands Awards. Kemenangan Shila ini mengukuhkan lagi kerjaya nyanyiannya di luar negara selepas sebelum ini turut memenangi pertandingan Asian Wave di China beberapa bulan lepas. Berikut ialah beberapa gambar Shila Amzah sekitar kemenangan Anugerah Country Branding yang telah dikongsikan oleh laman blog beautifulnara.






Gambar Sarah Julifa, kekasih Zahid yang amat cantik (6 Photo)

Gambar Sarah Julifa, kekasih Zahid yang amat cantik - Inilah beberapa gambar cantik kekasih pengacara Era FM, Zahid Baharudin yang dikenali Sarah Julifa. Difahamkan, Zahid telah pun merisik Sarah beberapa hari lepas dan mereka bakal berkahwin pada bulan Jun tahun ini. Sarah Julifa yang berusia 24 tahun mula rapat dengan Zahid sejak setahun lepas selepas mereka berkenalan melalui laman Twitter. Tahniah kepada dua pasangan sejoli ini yang sama padan sama cantik.







Gambar pergaduhan penyokong JDT dan Pahang (7 Photo)

Gambar pergaduhan penyokong JDT dan Pahang - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 antara Pahang menentang Johor Darul Takzim sepatutnya berlangsung semalam, namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain selepas penyokong Pohong bertindak menyerang dan membaling objek tajam ke arah penyokong Johor Darul Takzim.


Menurut blog mambang, pengaduhan itu berlaku apabila terdapat individu tidak dikenali yang bertindak membaling batu dari luar stadium. Susulan itu, penyokong Johor Darul Takzim meminta agar perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada jam 8.45 malam dilambatkan untuk meredakan keadaan. Penyokong Pahang yang tidak berpuas hati dengan cara Johor Darul Takzim bertindak menyerang penyokong mereka sehingga berlaku pergaduhan luar biasa di atas padang. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim di dalam stadium.







Keputusan terkini Pahang vs Johor Darul Takzim Piala FA 1 Jun 2013

Keputusan terkini Pahang vs Johor Darul Takzim Piala FA 1 Jun 2013- Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 antara Pahang menentang Johor Darul Takzim yang terpaksa ditangguhkan Selasa lalu (28 Mei 2013) atas sebab insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim akan berlangsung pada jam 8.45 malam Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Jangan lupa saksikan pertembungan dua pasukan hebat tempatan di saluran Astro Arena 801. Berikut ialah keputusan Pahang menentang Johor Darul Takzim bagi separuh akhir kedua Piala FA 2013. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Pahang (2) - (1) Johor Darul Takzim (FT)
Senarai penjaring gol :
Matias Conti 1' (PAH)Matias Conti 42' (PAH)Andrezinho 47' (JDT) Pemenang : Johor Darul Takzim berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2013


Gambar Nelydia Senrose yang dikritik teruk peminat

Gambar Nelydia Senrose yang dikritik teruk peminat - Susulan tindakan pelakon utama drama sehangat asmara, Nelydia Senrose memuatnaik sekeping gambar seksi yang sedang mandi dan berseronok di sebuah pulau, beliau telah dikritik dengan teruk oleh para peminat. Rata-rata peminat yang memberikan kritikan dan tomahan terhadap gambar seksi Nelydia itu beragama Islam dan juga datangnya dari kampung yang sama, Bachok Kelantan. Berikut ialah komen-komen negatif yang diluahkan oleh peminat di akaun Facebook Nelydia Senrose.



Saya diperangkap rakan sendiri - Shahz Jaszle

Saya diperangkap rakan sendiri - Selepas berdiam diri dari memberikan sebarang kenyataan kepada media sejak ditangkap khalwat minggu lepas, pelakon popular drama, Shahz Jaszle akhirnya mula membuka mulut.

Bercakap kepada mStar Online pada Isnin, Shahz Jaszle tidak mahu bercerita lebih panjang berkenaan isu tangkapan khalwat beliau kerana ianya sudah pun menjadi kes mahkamah.

“Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.”

Tunang kepada Redwani Puteri ini memberitahu bahawa ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan itu beliau bukan berdua seperti yang diberitahukan kepada umum tetapi terdapat lima orang lain di dalam rumah berkenaan.

Menurut Shahz Jaszle lagi, beliau telah pun menceritakan perkara sebenar kepada ahli keluarganya termasuk tunang, Redwani Puteri dan mereka yakin bahawa ianya satu perangkap untuk …

Kerana Puteri Sarah, Syamsul dan Ammar bertumbuk di Restoran Publika

Kerana Puteri Sarah, Syamsul dan Ammar bertumbuk di Restoran - Melalui laman blog beautifulnara, memberitahu bahawa Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dikatakan hampir bertumbuk di Restoran Publika gara-gara tindakan Syamsul yang tidak mahu mengakui dirinya bercinta dengan Puteri Sarah Liyana walaupun ditanya berulang kali oleh Ammar.


Pertemuan Syamsul Yusof dan Ammar Alfian sebenarnya dirancang oleh Syamsul sendiri pada 18 Mei lalu dengan tujuan untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud antara mereka berdua, namun Ammar Alfian yang gagal mengawal sikap panas barannya hampir menumbuk Syamsul Yusof.


Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter.