Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013


Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013 - Keputusan nama calon yang berjaya untuk menjalani proses temuduga boleh mula disemak pada 6 Mei 2013 ini secara online, dipetik dari Wan.

Sila masuk di laman sesawang ini untuk membuat semakan : SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pada Mac lepas, calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Ambilan Jun 2013.

Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga adalah dikehendaki membawa dokumen-dokumen penting seperti di bawah :-
  1. Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
  2. Borang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat
  3. Dokumen lain yang diminta untuk dibawa ketika temuduga boleh disemak melalui borang tawaran yang dipaparkan dalam laman semakan online. Ini khas untuk calon-calon yang berjaya.
Selain itu, calon yang dipanggil untuk proses temuduga turut diwajibkan untuk menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  1. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temuduga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  3. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temuduga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  4. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temuduga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  5. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon-calon yang berjaya melapor diri di IPG.

1 ulasan: