Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Rahsia di sebalik rusuhan 13 Mei 1969, tiada dalam BUKU SEJARAH

Rahsia di sebalik rusuhan 13 Mei 1969 - Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Tamrin Ghafar.

Menurut laporan Malaysiakini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umo, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudi…

Datuk Najib terpaksa merayu rakyat Johor undi Datuk Ghani

Datuk Najib terpaksa merayu rakyat Johor undi Datuk Ghani - Tidak pernah dalam sejarah UMNO terpaksa merayu kepada rakyat Johor agar mengundi calonnya, namun itulah realiti yang berlaku kepada Datuk Ghani yang dilihat mula tergugat gara-gara mencalonkan diri di kawasan Gelang Patah dengan majoriti pengundi adalah berbangsa cina. Jom baca bunyi rayuan Datuk Najib dipetik dari akhbar kosmo.
“Itu sebab, tolonglah sokong Datuk Ghani sebab beliau akan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan terhadap masa depan cemerlang Johor dan juga negara, jadi Gelang Patah begitu signifikan sekali,” kata Najib Razak. Untuk informasi, pengundi cina di kawasan Gelang Patah membentuk 54 peratus manakala Melayu dan India masing-masing adalah 34 peratus dan 12 peratus.


Keputusan Kelantan vs Ayeyawady United Piala AFC 30 April 2013

Keputusan Kelantan vs Ayeyawady United Piala AFC - Ayeyawady United akan bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk menentang Kelantan pada jam 8.45 malam. Pasukan Kelantan yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan kedua saingan Piala AFC 2013 tidak berdepan tekanan untuk menang dan hanya perlu melengkap perlawanan terakhir ini. Jika menang, Kelantan bakal dinobatkan sebagai juara kumpulan G. Berikut ialah keputusan terkini Kelantan vs Ayeyawady United Piala AFC 30 April 2013. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.


Kelantan (3) - (1) Ayeyawady United (HT)
Senarai penjaring : 
Obinha Nwaneri (45') - KLTN (70') - KLTN (80') - AUBadri Radzi (84') - KLTN

Zain Saidin dipaksa masuk Masterchef Selebriti Malaysia musim 2 sebagai watak jahat

Zain Saidin dipaksa masuk Masterchef Selebriti Malaysia - Susulan penyingkiran Zain Saidin dari Program Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 beberapa hari lepas, beliau telah meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui mediahiburan semalam. Menurut Zain, dia telah dipergunakan oleh pihak pengurusan untuk menaikkan rating program berkenaan.


Mungkin ada benarnya juga kata-kata Zain itu. Kita tidak tahu babak apakah yang telah disunting keluar dan babak apa pula yang ditambah masuk. Perkara sebegini memang biasa terjadi untuk menaikkan lagi rating sesebuah program. Malah menurut Zain, dia pada mulanya enggan menyertai rancangan ini kerana tidak pandai memasak namun dipaksa kerana kisah percintaannya dengan Rozita Che Wan, dipetik dari beautfulnara.


Respon Rozita Che Wan terhadap sikap bodoh Zain Saidin

Respon Rozita Che Wan terhadap sikap bodoh Zain Saidin - Program MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua semakin panas gara-gara sikap kurang sopan Zain Saidin yang nyata tidak berpuas hati dengan juri yang menilainya. Sikap kurang ajar Zain ini telah mengundang kritikan dan teguran dari para peminatnya dan juga orang ramai. Semalam, Zain Saidin telah sah tersingkir, meninggalkan kekasihnya yang dilihat agak sedih namun tidak menaruh perasaan marah dengan juri. Jadi, apa kata Rozita Che Wan pula berkenaan dengan telatah kekasih hatinya. Korang boleh baca di bawah.



Kepada semua orang, rezeki itu ditangan BN - Faizal Tahir

Kepada semua orang, rezeki itu ditangan BN - Susulan teguran yang dibuat oleh Faizal Tahir terhadap kenyataan kurang matang Norman KRU di twitter sebelum ini, muncul pula seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menganggap teguran Faizal Tahir sebagai "baru belajar agama, namun belajar dari guru yang sesat". Tun Faisal yang dilihat kurang senang dengan kenyataan balas Faizal Tahir itu, telah membalas teguran baik Faizal Tahir di twitter seperti yang korang boleh baca di bawah.


Bertindak balas dengan komen Tun Faisal, Faizal dengan merendah diri meminta maaf kepada Tun Faisal dengan menganggap diri sebagai baru belajar agama dan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini dengan jawapan lawak yang korang boleh baca di bawah. Memang tabik dengan kematangan Faizal Tahir yang amat pandai menjawab dan tidak terus melatah.



Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013 - Keputusan nama calon yang berjaya untuk menjalani proses temuduga boleh mula disemak pada 6 Mei 2013 ini secara online, dipetik dari Wan.

Sila masuk di laman sesawang ini untuk membuat semakan : SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pada Mac lepas, calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Ambilan Jun 2013.

Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga adalah dikehendaki membawa dokumen-dokumen penting seperti di bawah :-
Mencetak surat tawaran panggilan temudugaBorang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasratDokumen lain yang diminta untuk dibawa ketika temuduga boleh disemak melalui borang tawaran yang dipaparkan dalam laman semakan online. Ini khas untuk calon-calon yang berjaya. Selain itu, calon yang dipanggil untuk proses temuduga turut diwajibkan untuk menduduki ujian Inv…

Syamsul Yusof rampas Puteri Sarah Liyana dari Ammar Alfian?

Syamsul Yusof rampas Puteri Sarah Liyana - Kalau menurut pengakuan bekas kekasih Puteri Sarah Liyana, beliau memberitahu bahawa aktress ini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Syamsul Yusof, seorang pengarah filem juga pelakon popular.

Bagaimanapun, Ammar Alfian melahirkan rasa peliknya dengan Puteri Sarah Liyana yang masih merahsiakan hubungan cinta dengan Syamsul Yusof sedangkan mereka sudah bercinta sejak Oktober tahun lalu.

“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak,” ujar Ammar Alfian kepada mStar Online hari ini.

Ammar Alfian turut berkata yang beliau mengambil keputusan membuat pendedahan ini kerana bosan dengan sikap Puteri Sarah Liyana yang suka memburukkan dirinya di media dan dengan krew produksi penggambaran.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Saya dah lali dengan perangai dia kerana sepanjang ka…

Jawapan balas Faizal Tahir terhadap kenyataan tak matang Norman KRU

Jawapan balas Faizal Tahir - Belum pun PAS memerintah Malaysia, Norman KRU sudah mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap kurang matang melalui laman twitternya. Menurut Norman KRU, industri hiburan tanah air akan hancur jika PAS yang memerintah negara Malaysia. Sejauh manakah kebenaran cakap-cakap Norman ini? Mari tengok apa jawapan balas penyanyi tersohor negara, Faizal Tahir di bawah. Nampaknya, Faizal dilihat lebih matang dan lebih terbuka berbanding Norman KRU. Norman mungkin takut nilai harta kekayaannya akan merundum jika PAS memerintah.



Gambar Maznah Zulkifli rampas suami Noniswara

Gambar Maznah Zulkifli rampas suami Noniswara - Mengikut pengakuan dari Noniswara, seorang rakan artisnya iaitu Maznah Zulkifli, personaliti televisyen yang terkenal dengan aktiviti lasak, dikatakan telah merampas suaminya, Datuk Rosman Ridzwa. 

Adakah benar dakwaan Noniswara ini? Menurut beliau, Maznah Zulkifli dan Datuk Rosman Ridzwa sering keluar bersama suatu ketika dahulu tetapi dalam diam dikatakan personaliti TV ini telah mencuri hati lelaki tersebut. Inilah beberapa gambar Maznah Zulkifli yang difitnah oleh Noniswara.






Lebih ramai setuju Anwar jadi PM berbanding Najib

Lebih ramai setuju Anwar jadi PM berbanding Najib - Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.

Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.

Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.


Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.

Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk N…

Gambar romantis Lisa dan Yusry di atas katil

Gambar romantis Lisa dan Yusry di atas katil - Gambar Lisa dan Yusry hanya pakai pyjamas atas katil ketika sambutan harijadi Lisa Surihani bulan lepas. Kini usia pelakon cantik dan comel ini mencecah 27 tahun.

Romantik sungguh penangan dua selebriti hebat ini ketika bergambar di atas katil dengan hanya memakai baju tidur iaitu pyjama.

Sinar kebahagian jelas terpancar pada kedua-dua wajah mereka sejak berkahwin beberapa tahun lalu. Benarlah kata Yusry, Lisa seorang wanita yang sangat memahami dan tidak mudah melatah walaupun berlaku perselisihan faham antara mereka.


Keputusan terkini Selangor vs Lions XII Liga Super 27 April 2013

Keputusan terkini Selangor vs Lions XII Liga Super 27 April 2013 - Pasukan Lions XII akan bertandang ke Stadium Shah Alam bagi aksi pelawanan pusingan kedua saingan Liga Super 2013 menentang Selangor. Pertembungan menarik ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam yang boleh ditonton secara langsung melalui saluran Astro Arena 801. Berikut ialah keputusan terkini Selangor vs Lions XII Liga Super 27 April 2013. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Selangor (0) - (0) Lions XII (FT)
Penjaring gol : 


Linda Onn merajuk, tarik diri dari ABPBH tahun depan

Linda Onn merajuk, tarik diri dari ABPBH tahun depan - Susulan kenyataan terbuka Adi Putra untuk menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013) tahun hadapan, kini giliran Linda Onn pula membuat kenyataan sama.

Menurut Linda Onn, seperti Adi Putra beliau merasa bersalah terhadap peminat yang kecewa tidak dapat melihat kemenangannya dalam beberapa kategori lain walaupun mereka sudah berusaha keras mengundi.

“Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata mata kerana peminat saya”

“Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun mereka pun telah bersusah payah melakukan undian,”
jelas Linda Onn di media.

Linda Onn turut berkata yang penarikan diri beliau boleh memberikan laluan kepada muka-muka baru dalam dunia penyampaian radio selain turut berharap para peminatnya terus menyokong kerjaya beliau.


Gambar Balai Polis Keningau terbakar (4 Photo)

Gambar Balai Polis Keningau terbakar - Balai Polis Keningau telah terbakar semalam, kira-kira jam 1.30 tengahari dipercayai berpunca dari litar pintas yang berlaku di bahagian pendawaian atau wayar elektrik di luar bangunan yang menyimpan barang-barang kes.

Bagaimanapun, pihak bomba berjaya mengawal keadaan selepas tiba awal sebelum balai polis berkenaan hangus dijilat api. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku namun keseluruhan stor exhibit telah hangus dan musnah termasuk bangunan pejabat JSJ dan pejabat PIFOS. Berikut ialah beberapa gambar kebakaran balai polis Keningau.





Keputusan terkini Perak vs Johor Darul Takzim Liga Super 27 April 2013

Keputusan terkini Perak vs Johor Darul Takzim Liga Super 27 April 2013 - Pertembungan dua gergasi bola sepak tanahair antara Perak menentang Johor Darul Takzim bagi saingan Liga Super akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Ipoh, Perak.Jangan lupa saksikan perlawanan hebat ini di saluran TV1. Berikut ialah keputusan terkini Perak vs Johor Darul Takzim Liga Super 27 April 2013. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Perak (3) - (0) Johor Darul Takzim (FT)
Penjaring : Paulo Rangel (12', 67', 88' - PRK)


Gambar isteri Aaron Aziz yang comel

Gambar isteri Aaron Aziz yang comel - Pasangan Aaron Aziz dan isterinya memang sama padan dan sama cantik. Walaupun kedua-duanya berasal dari Singapore namun rezeki mereka nampaknya lebih murah di Malaysia.




Keputusan terkini Kelantan vs T-Team Liga Super 27 April 2013

Keputusan terkini Kelantan vs T-Team Liga Super 27 April 2013 - Perlawanan tumpuan antara Kelantan menentang T-Team bagi saingan Liga Super akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Jangan lupa saksikan pertembungan dua pasukan ini di saluran Astro Arena 801. Berikut ialah keputusan terkini Kelantan vs T-Team Liga Super 27 April 2013. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Kelantan (3) - (1) T-Team (FT)
Senarai penjaring :
Dickson Nwakaeme (35' - KLTN) Norfarhan (60' - KLTN) Damir Ibric (84' - TT)Indra Putra (91' - KLTN)

Gambar Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim dikebumikan (8 Photo)

Gambar Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim dikebumikan - Semalam, Jenazah Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Persint 20, Putrajaya. Pengebumian itu dihadiri oleh 2,000 jemaah. Diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, dipetik dari Aiskosong.










Gambar Putra Rayfal, anak Fasha Sandha (11 Photo)

Gambar Putra Rayfal, anak Fasha Sandha - Berita tentang Putra Rayfal, anak Fasha Sandha bakal menghidap penyakit jaundice ternyata tidak benar apabila ianya disahkan sendiri oleh doktor. Jom layan 11 keping gambar Putra Rayfal yang kelihatan begitu sihat dan comel.