Searching...
1:12 PG 0

Terkini kes pencerobohan Lahad Datu - Seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera


Terkini kes pencerobohan Lahad Datu 3 Mac 2013 - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu telah melancarkan serangan terbaru yang mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, sekitar jam 7.30 malam tadi.

Menurut Utusan Malaysia, kumpulan penyerang tersebut adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.

Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing.



0 Komen:

Catat Ulasan