Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Gambar perkahwinan penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim dan Nor Azeana (11 Photo)

Gambar perkahwinan penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim dan Nor Azeana - Semalam (30 Mac 2013) bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan ibunya, Nor Azeana Haji Ramli dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan. Tahniah kepada Ezad Lazim kerana akhirnya terbuka untuk berkahwin. Semoga hubungan mereka sebagai suami isteri kekal hingga hujung nyawa.





Gambar bayi sulung Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer (7 Photo)

Gambar bayi sulung Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer - Tahniah kepada pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer atas kelahiran anak pertama mereka yang diberi nama Redza Syah Irfhan pada jumaat lalu (29 Mac 2013) di Prince Court Medical Centre. Difahamkan Irma Hasmie terpaksa dibedah kerana kesukaran bayinya untuk dilahirkan secara normal. Apapun, Redza Syah Irfhan kelihatan sihat dan comel tanpa sebarang implikasi tidak baik. Jom layan lagi 6 keping gambar bayi Irma Hasmie.








31 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu dan Semporna

Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu dan Semporna - Anggota keselamatan negara meneruskan Ops Daulat hari ke-26 semalam (30 Mac 2013) dengan tiada sebarang pertempuran berlaku. Namun, ketahanan mental anggota keselamatan terus diuji apabila ada di antara mereka melihat roh tiga pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu. Menurut mereka, roh itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 9.30 pagi, 31 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 6 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 2 orang
Orang awam ditawan - 8 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kaw…

Keputusan terkini Johor Darul Takzim vs Terengganu Liga Super 30

Keputusan terkini Johor Darul Takzim vs Terengganu Liga Super 30 Mac 2013 - Perlawanan Johor Darul Takzim vs Terengganu akan berlangsung jam 8.45 malam ini di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Johor.  Johor Darul Takzim pastinya membawa misi mesti menang untuk mengubati kekecewaan dibelasah teruk Selangor beberapa minggu lepas. Berikut ialah keputusan terkini Johor Darul Takzim vs Terengganu Liga Super 30 Mac 2013. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.


Johor Darul Takzim (3) - (2) Terengganu (FT)

Gambar bayi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha (3 Photo)

Gambar bayi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha - Pelakon cantik dan terkenal, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak pertama mereka, seorang bayi lelaki, di Hospital Columbia Asia di Johor pada kira-kira jam 2.17 petang semalam. Tahniah kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Semoga kehadiran cahaya mata pertama ini akan mengeratkan lagi ikatan mereka sebagai pasangan suami isteri. Jom layan 3 keping gambar bayi lelaki Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang memang teramat comel dan kelihatan normal serta sihat.





3.30 PM 30 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu dan Semporna

Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu dan Semporna - Anggota keselamatan negara meneruskan Ops Daulat hari ke-25 semalam (29 Mac 2013) dengan tiada sebarang pertempuran berlaku. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang berbanding 200 orang pada 12 Februari lepas, pada sidang akhbar semalam di Markas Operasi di Felda Sahabat 16. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 8.10 pagi, 30 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 6 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 2 orang
Orang awam ditawan - 8 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 443 orang

Pen…

Mengaku Islam tapi mengucap dua kalimah syahadah pun tak pandai

Mengaku Islam tapi mengucap dua kalimah syahadah pun tak pandai - Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah pun.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,”
katanya semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselama…

Keputusan terkini ATM vs Kelantan Liga Super 29 Mac 2013

Keputusan terkini ATM vs Kelantan Liga Super 29 Mac 2013 - Perlawanan ATM vs Kelantan sedang berlangsung ketika ini di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. Kelantan pastinya inginkan kemenangan malam ini untuk membuka peluang bersaing di tangga teratas liga. Berikut ialah keputusan terkini ATM vs Kelantan Liga Super 29 Mac 2013. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.


ATM (2) - (3) Kelantan (FT)

Keputusan terkini Felda United vs Selangor Liga Super 29 Mac 2013

Keputusan terkini Felda United vs Selangor Liga Super 29 Mac 2013 - Perlawanan Felda United vs Selangor akan berlangsung sebelah petang ini sekitar jam 4.45 PM. Selangor pastinya inginkan kemenangan penting untuk memintas ATM di tangga teratas liga. Berikut ialah keputusan terkini Felda United vs Selangor Liga Super 29 Mac 2013. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.


Felda United (1) - (1) Selangor (FT)


Jaafar Onn kahwin ibu tunggal pada Ogos 2013

Jaafar Onn kahwin ibu tunggal pada Ogos 2013 - Hasrat Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang ibu tunggal yang sudah lama terpisah, menurut mStar.
"Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini. Saya memilih untuk bernikah dengannya sebelum bulan Ramadan tahun ini,"
Dalam pada itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya. Namun, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti. "Tak kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya saya berkahwin,"
Ditanya sebab utama tert…

29 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu

Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu - Anggota keselamatan negara meneruskan Ops Daulat hari ke-24 semalam (28 Mac 2013) dengan insiden paling mencemaskan ialah tindakan seorang penglima pengganas Sulu yang menetak belakang dan depan seorang tentera di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna. Bagaimanapun, hanya kecederaan ringan yang dialami oleh tentera berkenaan manakala pengganas Sulu itu ditembak mati. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 6.40 pagi, 29 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 6 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 2 orang
Orang awam ditawan - 8 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasu…

Berita kematian Awal Ashaari tersebar di Twitter, Awal Ashaari mengamuk

Berita kematian Awal Ashaari tersebar di Twitter, Awal Ashaari mengamuk - Tindakan seorang pemegang akaun Twitter menyebarkan berita kematian Awal Ashaari di Twitter menyebabkan Awal Ashaari mengamuk dan amat terkedu. Menurut Awal Ashaari, penyebaran berita palsu itu hanya diketahuinya melalui seorang wartawan yang menghubungi isterinya pagi tadi. Jom baca kenyataan kesal Awal Ashaari melalui Utusan Malaysia.


Memang bongok betul lah orang yang sembarangan menyebarkan fitnah tanpa bukti yang kukuh. Perkara hidup dan mati bukan main-main macam tendang bola atau main badminton. Macam-macam manusia zaman sekarang ni.


28 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu

Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-23 semalam (27 Mac 2013) dengan insiden yang agak mencemaskan ialah pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu di Sungai Bilis pada jam 7.30 pagi semalam. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 6.20 pagi, 28 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 5 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 2 orang
Orang awam ditawan - 8 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 438 orang

Pengg…

Kampung Tanduo, Lahad Datu ditutup selama-lamanya

Kampung Tanduo, Lahad Datu ditutup selama-lamanya - Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan pengganas Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk, dipetik dari mStar.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat …

Gambar Nora Danish dalam drama Suami Aku Ustaz (14 Photo)

Gambar Nora Danish dalam drama Suami Aku Ustaz - Sekali lagi dua pelakon serasi dan ideal, Adi Putra dan Nora Danish akan bergandingan dalam sebuah drama Suami Aku Ustaz yang diarahkan sendiri Adi Putra dengan kerjasama Kementerian Melaka. Majlis Pelancaran Penggambaran Drama Suami Aku Ustaz telah diadakan di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini. Antara yang dilihat turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Menteri Melaka sendiri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Jom layan beberapa gambar pra-drama Nora Danish dan Adi Putra.















Mimie yang comel dalam drama Sehangat Asmara

Mimie yang comel dalam drama Sehangat Asmara - Mimie, nama watak dalam drama sehangat asmara yang dipegang oleh Izreen Azminda begitu mencuit hati kerana penampilannya yang comel dan cantik. Paling best apabila Mimie menunjukkan mimik muka tersenyum manja ala keanak-anakan. Jom layan beberapa gambar Mimie dalam drama sehangat asmara di bawah.