Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Saya nak anak kacukan dengan Zain - Rozita Che Wan

Luahan Rozita Che Wan - Beberapa hari lepas, Rozita telah mengumumkan untuk berkahwin dengan Zain Saidin pada penghujung tahun ini. Sejurus itu, Rozita tanpa malu-malu mengaku ingin menimang cahaya mata secepat mungkin selepas berkahwin dengan Zain. Bagi Rozita, usia bukanlah penghalang untuknya mendapat anak lagi walaupun hanya seorang sahaja. 
"Jika kami berkahwin nanti, sekurang-kurangnya saya mahukan seorang lagi anak bersama Zain, al-maklumlah siapa tak nak anak kacukan,” ujar Rozita.
Jelas pelakon ini, jadualnya yang terlalu padat pada masa ini akan berakhir sekitar Julai nanti. Selain terlibat dengan rakaman program bual bicara, Primadona, Rozita juga bakal terlibat dengan program realiti, Masterchef Selebriti 2.

Selain itu, Rozita juga akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri 16 episod untuk TV9. Pada Mei nanti, Rozita dan keluarga merancang untuk pergi melancong ke San Fransisco selama 20 hari. 

Gaji Fakri Saarani di Kelantan RM20,000

Gaji Fakri Saarani di Kelantan RM20,000 - Masa depan yang kurang menyakinkan di Atletico SC telah memaksa penyerang kebangsaan, Fakri Saarani untuk kembali secara mengejut di Malaysia baru-baru ini. Mengikut laporan Berita Harian, gaji yang ditawarkan Kelantan kepada Fakri Saarani lebih lumayan berbanding di Atletico SC. 

Jika di di Atletico SC dia dibayar RM10,000, di Kelantan pula Fakri Saarani dibayar sekali ganda lebih besar iaitu mencecah RM20,000. Mungkin pilihan yang dibuat oleh Fakri Saarani ada benarnya kerana difahamkan kelab Atletico SC hanya sebuah kelab divisyen tiga yang bermasalah untuk mendapatkan penaja. Jika kelab ini tidak berjaya naik ke divisyen kedua melalui perlawanan play-off minggu depan, maka Atletico SC bakal bermasalah untuk membayar gaji semua pemainnya termasuk Fakri Saarani.

Gambar jambatan runtuh di Putrajaya 28 Februari 2013 (9 Photo)

Gambar jambatan runtuh di Putrajaya 28 Februari 2013 - Berita yang menggemparkan hari ini ialah runtuhnya Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana, kira-kira jam 2.30 petang tadi. Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian. Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu. Jom tengok lagi lapan gambar terkini keadaan Jambatan di Putrajaya yang disahkan runtuh.











Pencerobohan Lahad Datu - Datuk Harris Salleh perintah PM bayar penceroboh RM200 juta

Pencerobohan Lahad Datu - Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh telah meminta Perdana Menteri Malaysia membayar pampasan kepada penceroboh di Lahad Datu dengan nilai RM200 juta seperti yang dilaporkan dalam Daily Express Sabah. Itulah cadangan dari seorang rakyat Sabah sendiri yang tak masuk akal dan menjatuhkan maruah negeri Sabah serta Malaysia. Kalau dah namanya penceroboh, buat apa nak bayar pula? Sepatutnya, penceroboh tu yang bayar pampasan kepada Sabah kerana telah menganggu ketenteraman awam di daerah Lahad Datu.




Gambar Nelydia Senrose yang dikatakan punca Yuna dan Qi Razali putus

Gambar Nelydia Senrose yang dikatakan punca Yuna dan Qi Razali putus - Pelakon drama setia hujung nyawa, Nelydia Senrose dikatakan menjadi punca hubungan Yuna dan Qi Razali putus. Adakah benar dakwaan ini? Yang pastinya, mana-mana pelakon yang mula terkenal, gosip liar seperti ini akan timbul dengan cepat. Semalam, Nelydia Senrose telah menafikan tuduhan itu dengan sekeras-kerasnya. Menurut Nelydia, hubungannya dengan Qi Razali hanya setakat kawan, tidak lebih dari itu “Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”. Diharap dengan penjelasan ini, tuduhan yang dilemparkan kepada Nelydia dapat diredakan dan tidak diperbesarkan.






Gambar romantik Aaron Aziz dan Rozita Che Wan

Gambar romantik Aaron Aziz dan Rozita Che Wan -  Wow, romantik sungguh aksi bergambar dua pelakon terkenal, Aaron Aziz dan Rozita Che Wan bagi sebuah majalah Getaran. Mereka berdua kelihatan bersahaja dan amat padan, namun itu hanya sekadar penghias majalah kerana Aaron Aziz sudah pun berkahwin, manakala Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan Zain Saidin pada hujung tahun ini. Jom layan tiga lagi gambar romantik Aaron Aziz dan Rozita Che Wan di bawah.





Gambar pencerobohan di Lahad Datu 28 Februari 2013 (16 Photo)

Gambar Pencerobohan di Lahad Datu 28 Februari 2013 - Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah sepenuhnya mengambil alih kes pencerobohan Lahad Datu. Untuk informasi terkini, tempoh pengusiran askar-askar kesultanan Sulu di Lahad Datu sekali lagi dilanjutkan selama 48 jam lagi bermula pada tengah malam 26 Februari 2013. Pelik tapi benar, tak gitu? Nampaknya, kerajaan agak berkompromi dalam kes ancaman berbahaya seperti ini tetapi tidak berbuat demikian jika orang luar yang datang untuk melawat rakan parti pembangkang.


Dalam pada itu kenyataan dari pihak pemberontak berkata, mereka sudah kehabisan makanan sejak beberapa hari lalu, namun mereka masih berkeras tidak mahu meninggalkan negara ini. Bagaimanapun pasukan keselamatan negara sedang diletakkan dalam posisi sedia menggempur. Jangan berlembut hati sangat, kalau pun semua penceroboh ini berjaya dihantar pula untuk kali pertama tetapi suatu hari nanti mereka akan merancang untuk kembali menceroboh lagi. Pasukan keselamatan perl…

Gambar banjir teruk di SK Pusat Jerteh, Terengganu 27 Februari 2013 (24 Photo)

Gambar banjir teruk di SK Pusat Jerteh, Terengganu 27 Februari 2013 - Nampaknya, bencana banjir kilat yang melanda negeri Terengganu sejak beberapa hari ini semakin teruk dan merebak. Salah satu kawasan yang dilanda banjir dengan begitu teruk ialah SK Pusat Jerteh, Besut, Terengganu. Korang boleh tengok 23 keping gambar yang dikongsikan di bawah. Memang menakutkan dan sudah pastinya banyak kerugian bakal dialami selepas banjir surut.