Gambar Fadzil Zahari yang dikatakan kekasih Yana Samsudin


Gambar Fadzil Zahari yang dikatakan kekasih Yana Samsudin - Menerusi program Melodi hujung minggu lalu, pelakon terkenal Yana Samsuddin telah digosipkan bercinta dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Bagaimanapun, Yana Samsuddin telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mereka hanya kawan biasa.

“Tak apa-apa. Saya rapat dengan dia macam biasa je. Dia masih lagi macam kawan-kawan saya yang lain,” ujar Yana sambil tergelak.


Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan rapatnya dengan Fadzil Zahari, timbul juga persoalan adakah Yana turut menghadiri kenduri Farid Kamil dan Diana Danielle di Kedah pada Disember tahun lalu dan apakah status sebenar hubungan mereka?

“Nikah saya datang la sebab saya dijemput. Kalau saya cakap saya suka dia, tiba-tiba takut nanti teman wanita dia dengar terasa pula. Mati la saya,” komen Yana sambil tergelak besar. - Ohbulan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan