Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Jangan Biadap Sharnaaz Ahmad - ND Lala, Shila Amzah

Bapa Shila Amzah, ND Lala telah menyuarakan rasa kecewanya dengan kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya sedangkan beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan.

Melalui Harian Metro hari ini, bapa Shila Amzah telah memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad supaya tidak bersikap biadap dengan meneruskan niat beliau untuk masuk merisik Shila Amzah pada bulan Mac ini.

“Saya dan ibu Shila (Amzah) masih hidup, masih bernyawa - sekurang kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya yang jadi walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala dalam kekecewaan. ND Lala bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodoh Shila Amzah ialah dengan Sharnaaz Ahmad tetapi beliau merasakan belum sampai waktunya untuk kedua-dua anak seni ini mendirikan rumahtangga. - Rotikaya

Koleksi gambar terkini Tasha Shilla yang sangat menawan

Koleksi gambar terkini Tasha Shilla yang sangat menawan - Jom tengok beberapa gambar terkini pelakon wanita popular berita harian 2011, Tasha Shilla yang semakin cantik dan menawan. Dah lama tak dengar cerita-cerita panas tentang Tasha Shilla. Khabarnya, Tasha sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama terbaru sehingga tiada masa untuk berehat dan enjoy di luar.








Cilaka jangan hina Artis K-Pop, diorang tu Ahli Syurga

Cilaka jangan hina Artis K-Pop, diorang tu Ahli Syurga  - Inilah luahan hati seorang peminat K-Pop yang mengamuk di Facebook kerana rasa tidak puas terhadap segelinitir individu yang menghina artis K-pop. Kalau dah marah dan melenting memang sanggup cakap apa sahaja. Dah tak reti dah nak jaga adab. Inilah senario dunia.


Gambar Fadzil Zahari yang dikatakan kekasih Yana Samsudin

Gambar Fadzil Zahari yang dikatakan kekasih Yana Samsudin - Menerusi program Melodi hujung minggu lalu, pelakon terkenal Yana Samsuddin telah digosipkan bercinta dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Bagaimanapun, Yana Samsuddin telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mereka hanya kawan biasa.

“Tak apa-apa. Saya rapat dengan dia macam biasa je. Dia masih lagi macam kawan-kawan saya yang lain,” ujar Yana sambil tergelak.


Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan rapatnya dengan Fadzil Zahari, timbul juga persoalan adakah Yana turut menghadiri kenduri Farid Kamil dan Diana Danielle di Kedah pada Disember tahun lalu dan apakah status sebenar hubungan mereka?

“Nikah saya datang la sebab saya dijemput. Kalau saya cakap saya suka dia, tiba-tiba takut nanti teman wanita dia dengar terasa pula. Mati la saya,” komen Yana sambil tergelak besar. - Ohbulan





Gambar Tengku Fiella, Nazmi Faiz menyalak dalam Twitter

Gambar Tengku Fiella - Pemain berbakat, Nazmi Faiz sekali lagi menyalak dalam Twitternya apabila menuduh tanpa bukti Aidil Zaquan bercinta dengan tengku Fiella. Lebih teruk lagi, Nazmi telah menggelarkan Tengku Fiella sebagai perempuan mata duitan, kaki kikis dan boros, dan sanggup tinggal serumah dengan Aidil Zaquan di Johor selama beberapa minggu. Apakah benar dakwaan ini atau serangan emosi semata-mata?








Polis sahkan DNA milik William Yau, ganjaran RM60,000 menanti jika beri maklumat

Polis sahkan DNA milik William Yau, ganjaran RM60,000 menanti jika beri maklumat - Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah," kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini hari ini.


Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian deoxyribonucleic acid (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Jan lalu, adalah William.

William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.


"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William," kata Chong menambah, …

Nazmi Faiz tuduh Aidil Zafuan tidur serumah dengan Tengku Fiella

Baru aje reda dengan gosip Nazmi Faiz mengutuk bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai perempuan mata duitan melalui taman Twitter, timbul pula gosip terbaru yang mengaitkan Aidil Zaquan bercinta dengan Tengku Fiella. Melalui laman Twitter sekitar jam 4.30 pagi tadi, Nazmi sekali lagi menghantar post yang berbunyi “She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,”. Nampaknya, perasaan tidak puas hati Nazmi sebelum ini masih belum reda sepenuhnya.


Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu. Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah Twitter Nazmi Faiz sekali lagi digodam? Jom baca post-post Nazmi yang mengutuk Aidil Zaquan dan Tengku Fiella.




Gambar bertudung Siti Nurhaliza paling cun

Gambar bertudung Siti Nurhaliza paling cun setakat ini.


Pemain Felda United, Ahmad Fauzi Saari terlibat kemalangan teruk

Pemain Felda United, Ahmad Fauzi Saari terlibat kemalangan teruk - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, rakannya dikenali sebagai Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar.  “Ahmad Fauzi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan. “Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya. 
Diharap semoga Ahmad Fauzi Shaari segera cepat sembuh dan dihindari dari sebarang komplikasi susulan hasil dari kemalangan tersebut. Buat ahli keluarga mangsa, tabah hadapi segala ujian dalam kehidupan. Percaya…

Saya tak akan bergambar dengan hanya pakai baju dalam - Maya Karin

"Saya dah awal-awal cakap, saya boleh mewakili produk itu tetapi sudah tentu tidak boleh memakai baju dalam tersebut untuk sesi fotografi,”. Itulah peringatan awal Maya Karin ketika ditemuramah baru-baru ini. Maya Karin menegaskan yang beliau tidak akan bergambar dengan memakai pakaian dalam Sorella walaupun dilantik untuk menjadi duta produk pakaian tersebut.


Memang pandai sungguh Maya Karin mengelak diri daripada dilanda kontroversi. Walaupun Maya Karin boleh berbangga kerana dilantik menjadi duta Sorella untuk rangkaian terbaru, Angel Series, namun beliau tetap tidak membiarkan diri hanyut dalam kemegahan. Penampilan elegan dan sifat rendah diri Maya Karin merupakan faktor utama kenapa dia dipilih menjadi wakil duta pertama dari Malaysia. Pengurus Jenama Sorella, Ng Kok Soo, turut mengakui kelebihan yang ada pada Maya Karin.

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5 - Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 5 baru sahaja tamat bersiaran pada jam 9 malam tadi (26 Januari 2013) di saluran di Astro Ria dan Astro Mustika HD. Nampaknya, minggu ini merupakan minggu bertuah bagi Johan A'sari dan Kaka Azraff yang telah dinobatkan sebagai juara selepas berjaya mencatat masa paling singkat dalam ujian kedua yang melibatkan air.


Untuk minggu ini, tiada peserta yang tersingkir kerana penarikan diri Zawen akibat kecederaan. Iz yang merupakan partner Zawen turut serta menarik diri.

Rozita Che Wan dan Raja Azmi wanita paling laris di Malaysia

Rozita Che Wan dan Raja Azmi wanita paling laris di Malaysia - Samada korang setuju atau tidak, bagi admin wanita yang paling laris dan mendapat tempat di hati lelaki di Malaysia ialah Rozita Che Wan dan Raja Azmi.

Ini bukan sekadar pendapat yang direka-reka tetapi berdasarkan beberapa bukti yang menarik untuk korang tahu.

Pertama, Rozita Che Wan telah dilanda pelbagai kontroversi yang kebanyakkannya berkaitan hubungan cinta dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

Salah satu kontroversinya ialah isu dua jejaka iaitu Zain Saidin dan Shah Iskandar yang dikatakan berebut untuk memiliki Rozita.

Bukan setakat dua mamat ni sahaja yang menaruh hati tetapi juga beberapa lelaki yang bergelar VVIP turut cuba mendekati Rozita.


Kedua, Raja Azmi pula menjadi rebutan beberapa lelaki yang memang jauh lebih muda daripadanya. Contohnya ialah Roslin Hashim dan yang terbaru ialah kekasih yang bakal dikahwininya iaitu Hafiz.

Hafiz hanya berusia 27 tahun iaitu 26 tahun lebih muda daripada Raja Azm…

Fizo Omar bertukar jahat dengan memukul dan menendang Yana Samsudin

Fizo Omar bertukar jahat dengan memukul dan menendang Yana Samsudin - Apa dah jadi dengan Fizo sekarang ye? Sering memegang watak profesional seperti doktor, peguam dan arkitek, kali ini Fizo bakal mengalas watak sebagai seorang lelaki yang jahat dan kaki pukul. Itulah peranan dan karakter yang akan dibawa oleh Fizo dalam drama Surat Dari langit Biru. Drama terbaru ini bakal menemui penonton pada 6 Februari 2013 untuk menggantikan drama Ruby di Slot Samarinda TV3. Jom tengok dua gambar berdua Fizo Omar dan Yana Samsudin yang sangat comel dan padan.



Saya tidak lagi ke disko tetapi pergi ke bar pula - Sharifah Sofia

"Saya tidak lagi ke disko tetapi pergi ke bar pula. Bawah sikit daripada disko". Itulah jawapan Sharifah Sofia ketika ditanya berkenaan dengan kisah kontroversinya dihalau keluar oleh pekerja sebuah disko kerana masuk ke pusat hiburan itu dalam keadaan berhijab. Masih tidak serik lagikah pelakon itu ke pusat hiburan selepas insiden dihalau keluar sebelum ini? Mungkin juga dia hanya bergurau. Jom iktui temubual Sharifah Sofia dengan Kosmo.

Kosmo - Apakah maksud anda tidak lagi ke disko tetapi kini pergi ke bar pula?

Sharifah Sofia - Sebenarnya, saya sudah tiada masa untuk itu (pergi bersosial ke disko atau bar). Masa saya banyak dihabiskan untuk anak perempuan saya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia dua tahun.

Kosmo - Adakah anda menyesal kerana melangkahkan kaki ke disko tersebut?

Sharifah Sofia - Saya akui telah melakukan satu tindakan yang salah tetapi saya juga tahu perkara itu tidak perlu berlaku lagi (pergi ke disko) di masa hadapan.

Kosmo - Sudah lama tidak…

Mayat William Yau ditemui sudah mereput

Misteri kehilangan William Yau Zhen Zhong (gambar kecil), 6, selama sembilan hari berakhir semalam apabila ibu bapanya mengenal pasti mayat kanak-kanak yang dijumpai terapung dalam keadaan mereput di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kelmarin merupakan anak mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mayat kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai William berdasarkan pengecaman oleh Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying yang menemui dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak berkenaan yang mempunyai persamaan dengan William.
“Ibu bapa William turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam pada mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka. Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati mayat kanak-kanak yang dijumpai semalam (kelmarin) 75 peratus mirip William,” kata beliau pada sidang akhbar di sini. Bagaimanapun, menurut Yahaya, kesahihan 100 peratus identiti mayat tersebut hanya dapat ditentukan selepas keputusan ujian asid deoksi…

11 Gambar terhebat Emma Maembong Tahun 2013

Gambar terhebat Emma Maembong Tahun 2013 - Jom tengok 11 gambar terhebat dan terkini pelakon drama cinta itu milikku, Emma Maembong bagi tahun 2013. Emma kelihatan semakin cantik dan penampilannya pula jauh lebih cun dan nakal berbanding tahun lepas.