Searching...
8:08 PTG 1

Pelakon Filem James Bond paling cantik di dunia

Siapakah pelakon Filem James Bond paling cantik di dunia bagi korang yang meminati filem ini? Pelakon James Bond paling cantik di dunia ialah Caterina Murino, berasal dari Cagliari, Sardinia, Italy. Caterina Murino dilahirkan pada 15 September 1977, dengan kini berumur 35 tahun. Pelakon Filem James Bond paling cantik di dunia ini merupakan pemenang tempat ke-4 pertandingan Ratu Cantik Itali.







4:03 PTG 6

Wanita paling kotor di Asia

Inilah wanita paling kotor di Asia bagi tahun 2012. Wanita paling kotor di Asia ini memang sangat cantik dan menawan namun korang pasti tawar hati nak mengorat dia apabila nampak cairan pekat yang keluar dari hidungnya.




2:15 PTG 0

Misha Omar bakal kahwin tahun depan


Misha Omar bakal kahwin tahun depan? Jarang kedengaran kisah terbaru penyanyi bersuara gemeresik, Misha Omar. Dalam diam-diam, Misha sebenarnya masih aktif menyanyi dan dalam proses menyiapkan album terbarunya.

Dari segi kehidupan peribadi, pelantun Bunga Bunga Cinta yang bertunang Februari lalu ini masih mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

Ini kerana, tunangnya yang juga seorang juruterbang agak sibuk dengan karier. Bagaimanapun, Misha sangat berharap agar dapat menamatkan zaman bujang tahun depan. - Sinarharian


10:40 PG 0

Teknik binatang Dinosaur dihasilkan dalam Filem Jurassic Park

Apakah teknik binatang Dinosaur dihasilkan dalam Filem Jurassic Park? Inilah teknik yang digunakan oleh pembikin Filem Jurassic Park untuk menghasilkan binatang Dinosaur seperti yang kita nampak dalam filem berkenaan. Memang kreatif sungguh pembikin filem barat yang sukar ditandingi oleh negara lain. Jom kita tengok teknik binatang Dinosaur dihasilkan dalam Filem Jurassic Park.








8:43 PG 0

Bertaubatlah ustaz - Sha


“Bertaubatlah ustaz... kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.
“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka. Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah. Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan Abdullah, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha. Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.
“Yang sudah tu sudahlah... saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang,” katanya.
Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran ustaz disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna. Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial. - Haria Metro


4:17 PG 0

Bayi 5 bulan digigit hantu rumah


GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.

Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.

Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.
"Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia mendakwa kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.

"Saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk sehinggalah baru-baru ini (22 Oktober) anak saya mengalami demam panas dan doktor memberitahu terdapat kesan pendarahan lama di kepalanya," katanya ketika ditemui Kosmo Ahad di sini semalam. 
- Kosmo
3:12 PG 1

Tasha Shilla yang menawan

Tasha Shilla yang menawan - Walaupun heboh digembar-gemburkan sebagai artis yang dibela oleh Datuk J, namun Tasha menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Tasha kini menjadi ikon kepada kempen I Love Malaysian Designers. Mari layan gambar menawan Tasha Shila di bawah.



8:05 PTG 0

Gambar Izara Aisyah tendang dan tumbuk Dato’ Eizlan Yusoff


Inilah beberapa gambar Izara Aisyah pukul dan tumbuk Eizlan Yusoff dalam sesi penggambaran filem terbaru Balun edaran Grand Brilliance. Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato’ Aziz Singah iaitu Bob Singah. Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Selain Izara Aishah dan Dato’ Eizlan Yusoff, pelakon-pelakon lain yang turut terlibat sama menjayakan filem ini ialah Beto Kushairy, Reen Rahim, Namron dan ramai lagi.

Kebanyakan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar kawasan Kamunting dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Perak. Penggambaran filem ini telah dimulakan pada awal bulan september dan dijangka berakhir dalam bulan Oktober 2012. - Rotikaya.com






5:30 PTG 3

Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia


Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia - Siapakah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia? Inilah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia yang dikenali sebagai Feeya atau nama penuhnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, berumur 22 tahun, belum berkahwin dan berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Feeya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, memiliki Diploma Pengurusan Seni dari UiTM. Kini, Feeya merupakan salah seorang Penyampai Radio FM Malaysia dan juga seorang pelakon drama Kasih Alia dan Jamilah I Love U.


4:20 PTG 1

Wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012

Siapakah wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012? Inilah wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012 yang korang perlu tahu dan sebagai informasi. Nama wanita ini ialah Monica Nicholle Sandra Dewi Gunawan Basri, berasal dari Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia, dan berumur 29 tahun. Wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012 ini merupakan seorang pelakon dan model sepenuh masa di Indonesia. Sandra Dewi mula terlibat dalam bidang seni melalui program Quickie Express bersama dengan Tora Sudiro dan Aming. Jom tengok beberapa gambar wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012 ini yang memang lawa dan menawan. Untuk wanita paling cantik di Asia 2012, korang boleh tengok di SINI.








12:31 PTG 0

JAWATAN KOSONG 54


Sedang mencari jawatan kosong terbaru di Malaysia? Untuk pengetahuan korang, terdapat jawatan kosong terbaru di Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi jawatan Head of Sales and Marketing. Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 November 2012. Maklumat lanjut korang boleh masuk kat laman ini:
Job Vacancies at Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Bagi JAWATAN KOSONG TERBARU 53 yang lepas, korang boleh klik di SINI. Selamat mencuba memohon. Kita tidak tahu kat mana rezeki kita boleh dapat.


9:07 PG 0

Ramai wanita cemburu dengan kecantikan saya - Rozita Che Wan


Lagi lagi kontroversi pasal Rozita Che Wan. Nampak gayanya, kontroversi bagaikan tak boleh berenggang dengan pelakon yang baru saja pulang bercuti ke London dan Paris, awal bulan ini.

Selain kisah peribadi mengaitkan dirinya dengan artis muda, dikaitkan dengan VIP dan masuk wad hospital gara-gara sakit, terbaru kisah mengenai penyebaran kononnya gambar bogel seorang wanita yang tersebar di internet dikatakan menyerupai dirinya.

Gambar erotik berkenaan difahamkan diambil menerusi perbualan rakaman video. Namun, pengacara program bual bicara Primadona di Astro Prima itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Hakikatnya, Rozita Che Wan seperti kenyataannya dalam portal murai.com.my menjelaskan dia sendiri tidak tahu menggunakan aplikasi video chat atau rakaman video.

Lebih lucu dalam kenyataannya, Rozita Che Wan berkata, ramai wanita dan golongan lembut teringin memiliki wajah sepertinya. Gambar yang tersebar itu dikatakan sudah disiarkan di sebuah laman blog awal tahun ini dan wanita dalam gambar itu juga dikatakan digilai ramai kerana memiliki wajah seperti Rozita. - Berita Harian

8:06 PG 7

Wanita paling cantik di Asia 2012

Siapakah wanita paling cantik di Asia 2012? Inilah wanita paling cantik di Asia 2012 yang korang perlu tahu. Nama wanita ini ialah Elly Tran Ha, seorang yang berbangsa Vietnam dan berumur 25 tahun. Wanita paling cantik di Asia 2012 ini merupakan seorang model sepenuh masa di Vietnam dan beliau mula terkenal pada tahun 2009 selepas beberapa gambar seksinya tersebar di internet melalui blog. Elly Tran Ha mempunyai ketinggian 1.63m dan berat 47kg.








9:14 PTG 0

Jadual Piala AFF Suzuki 2012


Jadual Piala AFF Suzuki 2012. Piala AFF Suzuki 2012 ialah kejohanan paling berprestij bagi Zon Asia Tenggara. Jadual Piala AFF Suzuki 2012 ditentukan melalui undian dengan Thailand menjadi tuan rumah bagi peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan bermula pada 24 November hingga 1 Disember. Mengikut Jadual Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia berada dalam kumpulan maut apabila telah diundi bersama dengan Singapura dan Indonesia. Berikut adalah kedudukan kumpulan dan Jadual Piala AFF Suzuki 2012.

Kejohanan : Piala AFF Suzuki 2012
Tarikh : 24 November hingga 22 Disember 2012
Venue : Stadium Rajamangala di Bangkok dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Kumpulan A

24 November 2012 Vietnam vs Qualifying Winner
24 November 2012 Thailand vs Filipina
27 November 2012 Vietnam vs Filipina
27 November 2012 Qualifying Winner vs Thailand
30 November 2012 Filipina vs Qualifying Winner
30 November 2012 Thailand vs Vietnam

Kumpulan B

25 November 2012 Indonesia vs Qualifying runner-up
25 November 2012 Malaysia vs Singapura
28 November 2012 Indonesia vs Singapura
28 November 2012 Qualifying runner-up vs Malaysia
1 December 2012 Singapura vs Qualifying runner-up
1 December 2012 Malaysia vs Indonesia


Semi Final Piala AFF Suzuki 2012

1st Leg
8 December 2012 S1: Naib Juara Kumpulan A vs Juara Kumpulan B
9 December 2012 S2: Naib Juara Kumpulan B vs Juara Kumpulan A

2nd Leg
12 December 2012 S1: Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A
13 December 2012 S2:Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B

Final AFF Suzuki 2012

1st leg
19 December 2012 Juara S1 vs Juara S2

2nd Leg
22 December 2012 Juara S2 vs Juara S1


2:36 PTG 1

13 Fakta menarik Hari Raya Aidiladha


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah. Di sini, aku nak berkongsi sedikit tentang beberapa fakta tentang Hari Raya Aidiladha yang sedang disambut pada hari ini. Berikut ialah 13 fakta menarik tentang Hari Raya Aidiladha yang patut kita tahu.
  • Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islammemperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allahdan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.T
  • Tidak ada azan atau iqamat bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha).
  • Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.
  • Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.”
  • Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban.
  • Haiwan yang hendak kita korbankan mestilah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.
  • Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.
  • Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.
  • Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a.
  • Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.
  • Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).
  • Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.
  • Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu. - blogammar.com 

2:10 PTG 1

Christina Aguilera akui tidak suka berseluar dalam


Christina Aguilera akui tidak suka berseluar dalam. Mungkin sudah menjadi kebiasaan budaya di Barat dan juga pemikiran yang terlalu terbuka, baru-baru ini Christina Aguilera mengakui bahawa dia tidak suka berseluar dalam.

Kalau nak diikutkan budaya kita di sini, memang kena hentam teruklah mana-mana artis yang mengaku macam ini. Tetapi bagi juri program realiti The Voice ini, dia lebih selesa dengan gaya sebegitu.

Menurut laman web contactmusic.com, dia sememangnya yakin dengan penampilan tersebut dan tidak segan untuk menghebahkannya.
"Saya memang tidak suka memakai seluar dalam. Saya ingin rasa bebas setiap masa. Lagi pun, ia sebenarnya menunjukkan siapa sebenarnya diri saya," katanya dipetik daripada laman web tersebut.

Selain itu, dia juga sungguh berkeyakinan apabila berbicara mengenai soal usianya yang semakin meningkat.
"Saya tidak kisah untuk bergelar tua. Ia sememangnya proses yang akan berlaku. Mungkin sesetengah orang takut untuk menjadi tua tapi bagi saya ia mampu mematangkan saya dan pengalaman mengandung turut sama membuatkan saya kagum dengan kebolehan tubuh badan wanita," kata penyanyi ini lagi yang turut tidak kisah menerima kritikan kerana dia sudah berasa selesa dan yakin dengan dirinya.
Menurut Christina Aguilera semua perkara tersebut mempunyai kaitan dengan album terbarunya, Lotus yang memfokuskan kepada kebahagiaan, kebebasan dan juga kesediaan untuk menjadi lebih matang. - Utusan Malaysia


3:43 PG 0

Saya harap Apek jaga Leuniey macam menjaga gawang daripada dibolosi - Nor Laila


KOTA BHARU - "Saya harap Apek (Khairul Fahmi Che Mat) akan jaga anak saya dengan baik seperti dia menjaga gawang daripada dibolosi."

Itulah harapan Nor Laila Abu Bakar, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, terhadap penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi, 23 yang akan berkahwin dengan anak sulungnya itu yang dijadualkan pada Disember ini.

Nor Laila, 45, turut berharap perkahwinan itu nanti bakal menutup segala kontroversi yang memalit Khairul Fahmi selama ini. - Kosmo


1:12 PTG 2

Gambar Leuniey Natasha, bakal isteri Apek yang cantik (6 Photo)

Enam gambar Leuniey Natasha, bakal isteri Apek yang cantik dan menawan. Inilah beberapa gambar Leuniey Natasha, bakal isteri Apek yang cantik. Mereka difahamkan akan melangsungkan pernikahan pada Disember tahun ini. Ianya memang satu berita yang mengejutkan kepada para peminat Apek dan diucapkan tahniah kepada mereka berdua. Semoga semua perancangan mereka akan terlaksana dengan jayanya.